Dec 22, 2011

Baby Hu 8month





Hannah Humairah dh 8 bulan .
=]

Tahniah anak ibu dah bole duduk.
Perkembangan terbaru ye and humairah tak merangkak pun.
Bila bgtau mak, mak cakap kitorang adik beradik memang cm gitu dulu.
Ok. Kurang aku punya obvious.
Kiranya Humairah mcm lompat dajah la. hehehhe
Lepas gerak belakang, gerak depan terus duduk.
\Sama la macam pegi sekolah darjah 1 kemudian 2 n kemudian terus naik darjah 4. 
Kahkakahakha
Sebagai ibu risau juga bila anak tak merangkak kan.
Lepa tu plak bila ada orang yg do banding-bandingkan :|
Ok. Memang rasa down bila diperbandingkan.
Bukan anak yang down, ibu yang down.
So, for those out there yang suka nak banding-bandingkan. 
Terutamanya nak cerita "anak aku lebih hebat".
Please stop the drama.
U make others feel sad.
Bukan aku nak anak aku hebat-macam-anak-kau-juga.
Tapi its a deep feeling from mother to daughter/son yang orang lain tak boleh nak feel.
Hati berkata, "kesian anak aku.. Lepas ni kamu mesti boleh juga anakku, insyaallah!"

Okay. Aku emosi. Change topic.

And to my yongest bro yang baru amik PMR ari ni.
Congratulations for your result. 6A pon okay. We proud of you.
Takpalah... SPM its time to change because its remains forever. 
Nak pencen pon orang tengok result SPM lg tahu tak?




Dec 13, 2011

dem yu Ombak Rindu!

Review Ombak Rindu?
Novel..
kau tak yah nak bajet hot plak nak review novel kat sini ha ha ha

Hokay. I ikhlas.

Ini semua Ceeramoon punya pasal la.
Apsal kau review baik sangat pasal Movie OR ni?
hahhaha

Ekceli.. i kan peminat novel melayu jugak la<-------mukadimah.
Fav author macam ahadiat akashah, zuraidah othman, sharifah abu salem.
But OR dah baca masa tahun 2002 or 2003 cam gitu.
Standed student, pinjam membe punya ha ha ha.

So, bila movie keluar haruslah mengelitis nak pegi kan.
Dulu kan pinjam membe punya so first step haruslah ada novel. nak ngaku peminat tegar ha ha ha
Okay.. sminggu pertama movie keluar belum sempat p tgk maka aku bejaya habiskan novel.
Nak amik mood dan bagi suami rasa-kesian-dan-terus -bawak-tengok.

Then, masalah sekarang cuti sekolah, anak aku xkan nak usung jugak?
ye lah, humairah kan Tok yang jaga masa p keja.
macam kesian plak nak susahkan MIL.<---bajet menantu mitahli katakan.
Tapi ......
itu yang aku dem yyyyyyyyu sgt OR.
Demi OR aku tepaksa korbankan title menantu mithali. Coi sangat.
ha ha ha

dah dekat setahun kot tak tgk wayang.
Last masa pregnant tak igt nak bopa bulan tapi tgk cita twilight hehhe. twiligt yg baru tak tgk lg. tggu cd je la.
Okay, to the point.

Ombak Rindu was superb.
walaupun byk lagi scene dalam kepala hotak aku yang tak kuar kat movie. aku ok je.
yelah macam ceera cakap la... bila nak abih kan kalo letak semua. tu pun aku dah rasa mcm tgk industan la sampai 2 jam. <------industan kat tv sbb pakej ngan iklan kehkehkehkeh

10minit pertama pada aku bosan ya amat. sori.
aku dapat momentum masa izzah buka stokin hariz n sandar kat hariz yg baring kat kusyen.
then lps tu kau tak payah tanya lagi. memang sangat bang bang booom hokay. 
nangis? standed la pompuan sensitip n romantik cam aku ha ha ha

Maya Karin: u are the star bebeh! tgk muka dia sandar kat batu-masa-kat-pantai pon aku nangis mcm haremmmmm hahhahahah

Aaron Aziz : kalo aku tak kawin lagi mau malam tu aku peluk bantal imejin aaron aziz. hahahhaha ekceli... aku berdoa sblm p tgk agar tak stereotaip mcm nora elena n pemintaan aku temakbul. u are da bes man. Walau aku bukan peminat tegar aren ajis but u rock! mmg jadik la masa aren-belasah-maya-dalam -toilet pastu maya cuma jawab " saya tak mengandung encik" hailaaaaaaaaa!

Lisa Surihani : Syabas sebab berjaya mengurangkan kekayuaan anda walau sisa2 kayu masih ada. Ada scene yg jadi n scene yg tak jadik pon ada. heheh maaf cakap masa ending scene lisa jumpa izzah kat bendang pastu dia nak blah..lisa jalan sangat lawak. bole plak dalam sedih tu aku gelak2 sebab tgk dia jalan. herot semacam ja pulak. nak kata model mcm pengkaq po aa. ya ampun ya buk!!!!! hehehhehhe

Watak lain aku malas nak review nanti bejela2 plak tak tido aku malam ni hehhehe. 
ekceli datuk sufiah tak sehebat imejein aku. kau tau sebab apa?
Dalam otak aku imejin Datuk sufiah macam Rafidah Aziz. Kau kenal Rafidah aziz? kalo tak tau gugel la ha ha ha.  so stakat kak zizah mahzan tu tak sampai level satisfied aku. sbb datuk sufiah tu kan dikatakan sangat hebat, gagah, berkuasa. so tak nampak keKUASAan tu kat kak zizah.ampun buk jijah.


SO, conclusion aku..
RAsa bebaloi la aku bayar beli auntie anne nak tgk movie ni. ha ha ha
haruslah suami yg bayar tiket sebab tu aku tak mention pasal tiket kahkahkahkah
Dan kadang2 aku rasa scene tu takdak lah sedih mana pon tapi lagu background tu yg bagi aku nangis. dem yu Ombak Rindu!!!!

Aku tunggu kuaq astro first sbb nanti ada la dvd keluaq n aku bole layan izzah n Hariz sampai lebam! hahhahah

(stress tak penutup aku?)

And lupa plak ari tu aku ada baca review utusan kata OR ni tak islamik la apa la...
Peduli apa aku... Kalo penulis tu  islamik sangat takkan dia p tengok wayang kot kan?
Lain kali fikir dulu sebelum tulis.
Dah tajuk pun cintun2 kenapa nak expect benda yang tak patut. Apsal, kau meroyan lps tgk maya ke, ke abang aren? ha ha ha ha














Nov 29, 2011

Anakanda adalah keriangan ibu sentiasa!

 Humairah pentamak dengan mainan pasar malamnya!

 Ini adalah muka Humairah amik nafas dok membuang tuh..LOL.

 #Eh? ayam penyet dan pecal lele padang jawa. Sedap tapi environment kurang elok sekiranya anda obses kebersihan. hehhehe

 Humairah dan tudung pertamanya. Kiut sangat anak ibu! *peluk kuat2*

 Humairah pose ala america next top model masa konvo maklang kat shah alam.

 #Eh? meatball ikea. Wa rindu sama lu bai!

 #Eh? Muka orang pulun 15 biji meatball on the dot kahkahkahkah.

 Humairah yang pantang-tengok-kamera-mesti-nak-pose!

Kau jangan nak salah paham hokay. Humairah dan sepupu dari johor sedang bergaduh. Ada bakat Triple H walau cuma double H ibu letak nama kau, nak!

Kau jangan nak stress plak aku letak gambar banyak-banyak cam gini. heheheh
Saja nak buat evidence bila Humairah besar nanti.

Untuk anakanda Humairah.
Kamu penyeri ibu dan abah.
Kamu kuatkan semangat ibu sentiasa. 
Tak sabar ibu nak lihat kamu membesar.
Semoga kamu anak yang solehah.
Bukan sahaja untuk ibu dan abah.
Juga untuk agama dan negara.
Walau dimana kamu berada.
Ingatlah kamu gadis melayu dan beragama Islam.
Ibu sayang kamu selamanya...

Nov 28, 2011

puisi yang aku baca rasa nak pitam

*ini bukan puisi suamiku. tapi rasa terharu dengan puisi daim aka zahiril kat isteri. suamiku, bila nak berpuisi? tapi mungkin aku yang geli kalau dia berpuisi mcm ni atau mungkin aku reject masa dia propose? nasib baik dia tak berpuisi, kalo tak, mana mungkin wujud anakanda humairah kalo abah berpuisi. mungkin ibu rasa abah gay!!! hehehheheh

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


*romantica de amour. mcm nak p hanimun lagi pulak hahahhahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails