Dec 30, 2010

jualan murah!






::ini sticky post::


saya nak let go ini baju.

baru pakai sekali je.
masa tunang.
penjualan adalah baju n kain.
inner takde la.
manik2 juga labuci masih dlm keadaan baik.
baju ni dibsuh oleh pendobi kedai.
tak basuh sdirik tau.
sbb sayang kununnya.

baju n kain ada manik2.
size s.
baju saya tak fit kan.
boleh alter lg kalo nak.

sesiapa yang berminat boleh email saya.
honeydewcute@yahoo.com

owh...harga?

cuma Rm120.
berbalaoi kan??
termasuk pos penghantaran.

Dec 24, 2010

bersabarlah hati



kesabaran manusia ada batasnya.
bila dah menjangkaui had yang sepatutnya.
memang rasa panas =[
tetapi kalau dengan orang yang paling disayangi, macamna.
apa reaksi yang perlu.
agar aku bukan jebat derhaka?

Dec 23, 2010

kau malas. kau ingat kau bagus bila malas. amik kau hadiah indah dari cikgu kau yang gojes ni.




sila layan gambar.
hahahhaha.
ni masa minggu revision spm.
pemalas budak2 ni.
kalo tak buat macam ni.
paper 2 n 3 punya revison takkan siap punya!

ini dendaan untuk yang tak siapkan homework yang aku bagi.
amik kau.
bila revision wajib la buat paper trial negeri2 lain kan.
kalo tak buat..
setakat mendengar aku bebel jawapan.
apa kau nak dapat.
so, aku amik insentif ni.

kau siapkan la kat pondok wakaf tu.
kelas pukul 11.10 sampai 12.30.
kau jangan nak gatal pasang kipas wakaf tu.
aku menunggu dengan bawak kuar kusi plastik.
pegang pembaris meter
dan kipas free kenduri kawen.
dpt kau bayangkan?
hahhahaha

dh mcm ceti yg tunggu dpn umah orang yg setahun tak bayar utang!
hahahhahahh


skrg alhamdulilah.
spm dah setel.
paper PHYSICS, 2 disember lagi dh setel.

ada yang cakap senang dan ada jugak yang cakap susah.

insyaallah, sesiapa yang berusaha pasti ada ganjaranNya.
kan?

Dec 22, 2010

fav preg : sang cerdik dah bertukar juga

ingat lagi aku janji pasal si comel dibawah?


hehhehehehhe.
besa la gua propa lebey...
ngeh2
owh..kalo kau tak tau.
si comel di atas namanya sang kancil.
hahhahaha

eh, bukan.
aku takdaknya nak ngidam daging kancil ni!
haiyoooooo.

salah tau!!!!

suma sbb makhluk kat bawah ni..

hahhaa..gempak kan..
dulu kami suami isteri suka betol pakai keta ni.
maklumla..
duduk2 pon bole berlaga bahu hahhahahahha
*gedik*

tapi sejak2 perut ada orang ketiga neh.
dh sgt tak suka n selesa naik kancil.
kau tau la kan.
aku membesar bagai johan.
maka...kedudukan dah tak strategik nak berlaga bahu2 ni.
maka..
sebab incik suami nak bukti ketulusan hatinya *wahwahwah*




ia sudah betukar menjadi ini






yeeeeeeeeaaaaaaaah!
beru je dapat 2 minggu lps.
sgt selesa.
kami memilih ini kerana...
ia besar, selesa dan yang penting MURAH!!!!!!!!
hahhahahhahaha

insyallah..thn dpn pegi sek baru naik keta baru.
ha ha ha..
*banyak suka tau ini perempuan*


ni yang nak menyanyi lagu makin aku cinta kat orang ittew!
har har har....


*ilebiusostrongabang.muaaaaaah*

Dec 21, 2010

fav preg : bulat & baju

Hmmm...
marilah mendengar persiapan untuk sambut orang baru tahun depan pulak!
HEhehhe

smlm dah p KK untuk temujanji *cewahhhh*
kau tau berapa berat aku sekarang?
sila baca kuat2!



55KG




wow!!!!!!!
sblm kawen adalah 44kg.
mmg aku gemok sekarang.
kahkahkahakh
semua orang pon harus teggggggggooooor je.
"eh, dah bulat kau sekarang!"
ya, aku tau.
bukan setakat merujuk perut yg bulat.
muka juga bulat.
bontot juga sebegitu. *suami kata sexy*
para2 diatas mmg 100% different la.
aku dah rasa aku adik kandung pamela anderson.
bole la dr rozmey panggil aku je jadik heroin.
hahhahaha
jimat kos kekehkehkeh

dan ini buktinya.
belibet or not.
must belibet! hahhahahha


*sexy kan belly aku.owhhh sungguh hawwwwwttt* +pengsan+


las month dh start membeli barang baby.
beli pureen sajork.=]
maklumla...
baru lepas bekenduri sakan.
simpanan pon dh nyawa2 ikan.
maka ibu sangat bajet ye baby.
ampunkan ibu.
maaflah baby bukan anak porang kaya.
ibu ngan abah ni sederhana orangnya.
ahkahakahkahakh.

yelah!
barang2 tolly joy ngan pureen pon kualiti hape kan?
hehhehe=]
total las month punya rm250.
hambik kau!
tu aku belum beli baju baby lagik.
baru barang2 keperluan.
huhuhuhu

kununnya di penghujung YES ni kami nak shopink baju baby.
yelah, as usual la.
pekeja kerajaan kan bonus mahai rm500. hehehe
dan incik suami yang kacak bergaya*cewahhhhhhh puji la orang dok kaya tuh*
pekeja TNB paling ensem dpt 2.5
hehhehheheheh

akan tetapi, bulan ni kan kami masuk umah baru.
yelah sebelum ni.
tido mlm keseorangan..
pasni kan tidak lagi.
maka suma bonus2 yg mahai-murah tu tepaksa dilaburkan untuk umah sewa la plak!

oleh yang demikian.. *cisssss!!!*
bulan ni hanya beli baby rompers 2 helai kat reject shop.
hahhahahah
sgt cumil dan murah kot tapi tak byk design.
kale putih je byk.
aku ni bukan rajin sgt nak menyental baju putih!
hahhahahha
murah tau.. rm9 jahhh..



itu sahaja pembelian yang aku buat.
kehkehkeheh
hmmm..

ni hint untuk next entry.
ngeh2..
kalo tere teka la apa kaitan ibu mengandung ini dengan haiwan kiut di bwh!
omaigod!!!

=]


Dec 16, 2010

anugerah bertukar!


ingat lagi cerita aku pasal dapat bertukar?
dah sebulan lebih terperam kot. hehhehehe
its a gud news ekceli.
wahhh..kalo gud news kena ckp omputih plak.
kuikuikuik

alhamdulilah.
permohonan pertukaran antara daerah yang saya mohon dh diluluskan.
syukur sangat2.
sekali apply terus approve.

selepas ini tadak lagi la kot keseorangan.
rasa tenang sebab lepas ni nak ada baby.
mau sakit jiwa kalo ngan baby sorg2 ja.
huhuhu.
aku dah oder mak aku kalo aku tak dapat tukar.
ngeheghege.
sib baik tuhan permudahkan jalan kami.


dulu dekat

.

.

.

.
tapi sekarang dah dapat ke
.

.

.

.

.

.






hoyeeeeeeeeeehhhhhh!!!!!!

sekolah pon dah tau dekat mana.
10 min je dr umah sewa.
suka tau!

agak2 kalo korang tersesat sampai tesco bm tu.
jgn la segan2 nak roger i.
umah i depan tesco je.
muahahahahahhah

Dec 14, 2010

fav preg : 4 bulan




ini sebulan yg lps.
tlg bayangkan sebulan selepas
haaahaaaah

muka n badan berkembang serentak.
apakah?
=]

Nov 26, 2010

fav preg : DRINK.



kau ada favourite drink tak time pregant?

yes.. aku ada... hahhahaha

*image:gugel*

this is mine.. jgn tiru tau. hahahha
carrot susu.
tambah2 bila letak susu pekat2.
owwwwww... aku tegoda tau!
penah satu hari 3 kali saya ode carrot susu ja.
makcik kantin sekolah buat sangat mabeles woooooooooo
tai skrg dh cuti sek.
takleh nak mkn tetiap lunch time.
tsktsksskk...
nak buat sendiri... pemalas.hahhahah

tapi sejak pregnant ni mmg pemalas tahap terok tau. huhuh

Nov 15, 2010

bertukar!!!!!

saya dapat bertukar.
yeay.

alhamdulilah

Nov 7, 2010

sadness from the north



owh. banjir.
suma org pon cita banjir.
tapi tak sama dengan yang merasa keadaan banjir.
maybe this is the worst ever happen in kedah history!

banjir adalah kemusnahan.

rumah parents saya juga terlibat sama.
dulu penah jugak banjir.
masa tu saya sekolah lagi.
tapi tak la seteruk kali ni.
dulu masih boleh duduk dalam umah walau banjir.
masih ada air untuk mandi berak kencing makan.
masih ada letrik untuk update berita terkini walau bukan tengok kat awani.
masih bole lepak atas katil baca2 novel sbb penat nak merandok air banjir.
sakit tau kaki.

tapi kali ni.
sangat dasyat.
sampai seluruh kawasan tu kena berpindah ke pusat pemindahan.
maknanya dah tak selamat di rumah sendiri.
bole anda lihat?
teruk kan keadaannya.
sangat sedih bila tengok rumah yang kita membesar di situ.
kita dah tak boleh berada di situ.
kau faham?

sepatutnya jumaat lepas saya pulang ke alor setar.
dah sebulan saya tak balik kampung.
sebab keadaan alah saya yang tak mengizinkan travel dengan kereta lama-lama.
so sekarang bila dah ok sket, haruslah tegedik2 nak balik.
lagipun sempena deepavali cuti lebih panjang dari weekend biasa.

khamis malam, abah telefon.
"esok kami p umah hang.
umah kita dah naik air.
teruk kali ni.
macammana?"

"xboleh balik la?
takpalah mai la sini.
lagipon bahya la air tinggi2.
nanti sakit, tak selamat."

sumpah!
malam tu dah tak nyenyak tido saya.
risaukan mak abah adik2.
bimbang keselamatan mereka.
setiap jam pon saya tejaga..

pagi jumaat.
sangat lega dapat tengok muka abah, mak, pilah, pishah, pit ngan man.
bagaikan semua beban hilang.
saya tak kisah rumah kecik saya ni untuk semua family saya.
saya sayang mereka.
sangat2.

saya gembira sangat bila suma dapat bekumpul.
dengan selamat.

tapi.. abah tetap ingat rumah.
tempat jatuh lagi dikenang.
pagi sabtu dia nak balik naik bas tgk rumah.
apa kau rasa?
nak bagi bapak kau balik sorang2 tengok keadaan rumah yang dah tak selamat?
sorang2?
nasib baik suami saya memahami.
dia tawarkan diri nak bawak abah balik dengan kereta kecil kami.

saya bersyukur suami saya tak kisah saya bantu family saya.
suami tak merungut walau lepas hantar balik, pergi cari barang untuk makan dan tido.
tak merungut walau kena bawak abah and adik2 lelaki saya balik tengok rumah sampai alor setar.
tak merungut kena hantar adik saya ke stesen nak balik shah alam.
dan tak penah merungut walau banyak mana pun duit yang saya bagi untuk bantu family saya.
tak pernah walau sekali.
terima kasih suami.
saya sayang abang sangat2!

jadi, lepas sarapan pagi sabtu mereka semua balik ambil barang2 penting kat rumah.
adik man adalah mr photog.
owh... tak sangka bila tengok.
sampai sebegitu sekali tempat tanah tumpah kesayangan saya.
sedih!

saya doakan semua akan kembali kepada keadaan asal.
kedah yang permai.
alor setar yang saya sayangi.
taman tanjung bendahara yang saya kasihi.

ya Allah, jika ini dugaanMu kerana kelalaian kami selama ini.
dikau Maha Pengampun.
maka ampunilah kami hambamu yang sering alpa dan lalai ini.
berkatilah hidup kami.
selamatkan kami.
sejahterakanlah kami semua.
semuga kau mendengar luahan dan harapan hambamu yang daif ini.
amin.

tapi mungkin disebalik semua ini ada hikmahnya kan.
Tuhan itu sentiasa ingat terhadap hambanya.
mak ada di rumah saya sampai keadaan pulih sepenuhnya.
saya suka sebab saya dah tak tinggal sorang2 lagi.
mak masak sedap2.

jumaat.
smbal tumis kerang
ayam goreng kunyit
bendi goreng fishball
koteow goreng basah.

sabtu.
nasi udang
sambal tumis ikan temenung.
ulam-ulaman.
cucur jagung

ahad.
nasi lemak.
sambal tumis telur.
ikan temenung goreng.
ulam-ulaman.

isnin?
seronok nak tunggu esok.

Nov 2, 2010

dizzy **

muntah+pening+loya

tak suka!

nak demam la plak cuti2 ni.

rugi btoi!

Oct 30, 2010

hari ini saya nak p dating.

satgi nak p situ.
yeay!
tadi tikah cakap ada sales.
smlm dia dah p.
nak mkn fro yo kat J co.
nak makan stimbot kat johny's
nak tapau pretzel kat aunty anne.

yeahhh..

rindu tau bau QB!!!!

Oct 25, 2010

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu.

*sumber-gugel*
baru sejam suami pulang.
saya sudah beremosi bagai.

sejak 2 menjak ni.
emosi sangatlah tak stabil.
asik nak nanges sajo.
semua benda pon nak sedih.
tambah2 lagi kalau bekaitan suami.
juga mak abah.
nanges sajo kerja.
macam tadak keja lain.
nak2 plak skrg ni saya dok sorg2 kat umah ni.

memang orang pregnant ni suka nanges ka?
sbb nanges ni bukan sifat saya dulu.
saya susah mau nanges wooooooooo..
sekarang ni sgt sentimental plak..

abang, b mintak maaf sebab bila ngan abang pon b asek nak emo jugak.
abang... Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu.

*_*

*a bit lyric from FT:hanyut

Oct 14, 2010

apa?


saya bosan.

tv tadak cita besh.

saya lapar.

itu sahaja.

sekian update saya utk hari ini.

ha ha ha ha

Oct 13, 2010

Oct 12, 2010

ten.ten.ten *wink*

oh! saya xcited!

10.10.10
bukan tarikh kawen saya!
hakhakahkaha

itu 1st time kami makan secara beduaan tanpa pandangan sesiapa atau masakan mak!

oh...tak sangka.
saya dah masak kat suami.
hhauhahauahu

jgn gelak hokay.
walopon kawen dekat 4 bulan.
ni 1st time kami merasa hidup rumahtangga.
selepas housemate gua pindah ehhehe
tepaksa la sewa kat balik pulau sorg2.
home alone gitu.

tapi bagus jugak.
peluang layan suami wikend.
betapa selesanya kalau ada umah sendiri.
abang, bila kita nak beli ni.

hurm....semuga dilayanlah EGtukar saya tuh.
tak tahan dah dok sorg2.
tambah2 sejak ada insan dalam perut ni.
kadang2 terasa nak ada org picitkan kaki la badan la.
sakit kepala la.

hope my dream will come true lah!

ekceli..tetiba je mood memblog benda ni sebab baru on the phone ngan suami.
biasalah PJJ katakan.

abang: bes kan b mcm ari tu kita mkn 2. abg sampai mimpi smlm
saya: mmg la..lain umah sdirik.selesa.
abang: bila2 wikend b tayah la blik sini (umah mentua).. abg ja p sn.
saya: ok..b suka. nnt b masak2 lagik kat abg k!

i luv u so strong encik hisham.
muaaaaaaaaah!<----gedix!

Oct 1, 2010

baby, jom la kita makan.

keadaan sekarang amat tak mengizinkan.

taim2 ni la baru nak ingat kat mak.
nak makan pon tak leh.
nak semayang pon lenguh badan nak rukuk...nak sujud.
alahan sangat teruk

tapi bila pikir ni pengorbanan utk baby..
ibu kuatkan semnagat.
tabahkan hati.
walo incik suami jauh.

baby jangan nakal2 tau.
baby dok elok2 kat dalam.
ibu lapar.
baby makan tau apa yang ibu makan.
baby jangan tolak2 lagik.
ibu lapar sangat.
ibu dah tak larat asek g muntah.
buang apa yang ibu dah makan.
sayang tuh rezeki baby.
baby anak ibu yang baik kan.
baby dengar cakap ibu kan.
bila ibu makan ubat yang doktor bagi untuk baby.
baby jangan tolak lagi ek.
nanti macamna anak ibu nak sihat. comel.kan baby?

ibu sayang baby.

hmmm: emosi sket.

Sep 19, 2010

saya nak makan

ini anak buah incik suami...
nama wan nurina maisarah.sgt supermoel kalo bagi kamera kat dia.


oh... kali ni punya raya saya tak suka!

tapi bukan sebab tak suka beraya ngan suami..
itu saya suka!

saya tak dapat makan dengan enuh takzim.
tepaksa redho sebab demi yang tersayang..
simptom terbluek mula menyerang 2 minggu sblm raya.
tinggal la puasasebanyak 7 ari.
sangat lapar yang tak bole nak tahan2 dah
=]

maka...hari raya tak dapat menikmati makanan yang sedap2
suma pon nak kuar balik.
sangat rugi!


tapi demi baby..ibu bekorban tau..
baik tak?
ahahhahahahaha
buat2 tak nmpak ja suma makanan.
p beraya pon minum air panas kosong saja.
sangat kesiankan?
punya la byk air sedap2.
tengok je la...
minum ais pon xleh..
terbluek jugak...
haillllllllllllaaaaaaaa....

tapi yang misteri..
kalo saya masak sdirik mesti tak muntah.
ajaib kan?

baby nak soh ibu rajin ni..
ehehehehheh

Sep 7, 2010

saya perempuan mengada2

SELAMAT HARI RAYA
in advance. hehehehe.

MAAF ZAHIR BATIN


Lama sudah ini belog terperosok dalam2.
sbb tuan tanah kondisi sgt tidak bagus.
ahhahahah.
propa lebih.
cuma kena byk berehat tapi fesbuk 24/7 hahahhaha

sudah 4 hari tinggal posa.
uiks... no no no...
bukan sebab cik p.
saya kan bakal boyot tak lama lagi.
cuma...
baby lam perut ni..
lapar sangat.
hahahhahah
mmg la... sgt tak tahan lapaq posa tahun ni.
mak cakap kalo lapaq buka.

ahahahhah.
peluang keemasan.
walo tak posa ..
tapi tetap dilayan seperti menatang sedulang nasi minyak yg menimbun
aha ha ha ha ha
cakap aja nak mkn apa.
the wish come true.

ayam golek betty benafelah(yang kat mergong sbb tukang jual dia muka cam betty benafe...ahhahha. bole?)

nasi udang... wahhh...sgt sedap... sampai asik ckp kat mak... nak makan skali lagik bole? (oh...lupa nak ckp...setiap kali makan portion sgt sikit sbb ada alahan ::makan n keluar:: so makan sket2 n berulang2 nak mengelakkan suma hanya5 minit dalam badan)

kuih tako...(sangat walaaaaaweiii.. kat param market besaq.. kalo p kol 6 tgk bungkus je lah ahhahahahha)

reni makan sambal sotong ngan bawal goreng panas2 yeayyyyyyyy!

tapi esok kena begerak sendirian ke umah mentua kat bm.
dah takleh nak wish ngada2..
malu kat mentua hahahahha
tapi kalo saya cakap depa slalu layankan aje..
idop ini sgt indah tau.
umah mak sendiri ke, umah mentua ke..
cakap je nak makan apa.
kau ada?
kehkehkehkhe...riak disitu.


sekarang saya becuti kat umah mak saya sejak cuti sekolah mula.
maklumlah..
sejak tak cuti lagi nak ngada2 mcm2.
kat umah mak takdalah nak segan.

tahun ni saya beraya kat bm.
okay ke?
bajet meriah la sbb suami kan 9 beradik
pastu nak bakar lemang lagik.
wowww!

tapi saya tuukang makan sudaaaaaaaaaa laaaaaaa.
aha ha ha ha ha

Sep 2, 2010

harap semua ok.

saya dah buat buku merah.
oh..tak lupa jugak doktor juga scan perut.
sgt teharu walo cuma nampak seketul bulatan sahaja.
janin sedang terbentuk
tak dapat nak gambar perasaan tu.
macam nak menitis air mata.
over ke?

semlm asik bleeding.
bleeding kali ke 2.
terus pegi hospital
unit kecemasan.
tuhan sahaja yang tahu.
saya takut untuk baby saya.
mula doc scan.
ok...pass..
nampak seketul!

then doc suruh kangkang.
utk check rahim.
malu gilos kot doc ensem
hahahhahah
saya malu maka tepaksa kepit.
doc say" kalo kepit lagi sakit"
tepaksa saya pejam mata!
tawakal sajo.

alhamdullilah.
semua ok.
pintu rahim tak tebuka

tapi doc tetap refer kat GH.
esok pagi kena p GH penang.
harap semua selamat.
doakan ya.

emmm.. saya jugak dapat MC.
ehhehe...
minggu ni isnin je la p sek!

dah 2 ari kantoi posa.
demi baby.
ibu sayang baby.
baby dok elok2 ek.
jadi anak yang baik.

Aug 24, 2010

anmun vs bioil

sempena post urine ari tu.
maka...
ya! wahhhh..
exited tau..

tak tahu nak cakap macamna..
alhamdulilah.

Ibu sentiasa tunggu anak ibu!
*tetiba rasa sangat tak sabar*

hehheheh

hanya mampu besyukur.
syukur sangat2 atas anugerah ni.

list to buy ...
tade lagik hahahha..
awai lagik kot..
kad merah pon tak p buat lagik.
tggu lepas raya la...
posa2 ni malas nak kencing tengahri
ahhahahhahah

cuma next wiken igt nak cari:


saya takmo stretchmark..
sian kat abang nanti kena tengok perut kedut2 sampai mati hahahhah
adik ipar saya dah pakai n hasilnya sangat marbeles. tak dak sket kesan pon.
saya kena beli..
depa cakap awal2 pregnant pon dah kena sapu.
oh...mesti!

demi kecantikkan perut yang abadi.

sekarang saya cuma minum susu nespray.
akhkahkaha..
sgt lemak bekrim disukai ramai kot..
susu yang tiada tandingan sejak saya sekolah menengah..
wah3...walo kurus kekuatan tulang kena jaga,
nak pakai lama kot.
ehehe..
so...ni advise dr kawan2 sepejabat.
sbb suma khasiat ada..
so, nak try la... kalo serasi ...
gudbye for a while nespray!

Aug 19, 2010

urine

dabel line
fullstop
=]

Aug 16, 2010

OP : episod 1

ini bilik tido besama hantaran.


ini wang mas kawen total rm1000 yang telah betukar menjadi sebuah gelang tangan yang diambil dari habib jewel.


oh, saya suka bila abang dukong saya smbil lutut dia ketaq2!
*like*


ini family abang. opsss.. baru suku je nih.. la la la

oh.. my bapak tgh bincang2 nak pas saya kat abang ngan tok imam juga ada kena mengena sebagai saudara belah abah.

saya suka gambaq yang sangat old school sebegini. agak mcm canggih la.
ha ha ha



suka benor saya kena cium.
ha ha ha ha

tikam?

kau penah kena tikam depan belakang tak?

wah.. aku rasa macam mau jadik gaban sekarang juge!
nak 'abugin' orang sial tuh.

eh, gaban punya power 'abugin' ka?

tiap kali dia punya salah aku kaber tak nampak ja.
takde nak kecoh satu dunia pon.
skali aku 'telupa' my job.
yes..
aku telupa n aku baru tingat nak cakap
'sori...sorii...sori...' macam lagu lelaki korea tuh.

cibai... buat ayat melazer...
ha ha ha
hey, kau ingat aku tak tau kau tengah melazer aku.
f**K U!

Aug 15, 2010

saya rindu Hisham.



ini minggu pertama saya tak jumpa suami.
rasanya lainnnnnnn sangat.
oh! sgt rindu!
rindu yang tak tau nak ckp macamna ooooooo.....

diatas tuh adalah gambaq dari my OP.
nak kata hundred persen puas ati tu..
xdak la jugak
ahahhahah
mungkin aku terlalu berharap..
tapi suma org dh ckp chantek.
aku pon tepaksa la kata chanteknya aku
ha ha ah aha

gambaq lain dijaja kemudian.
sbb nak tolong mak masak utk buka.

oh ya, minggu ni tak jumpa incik suami
sbbnya aku pulang ke aloq staq
manakala suami kekal di bukit mertajam

alahaiiiiiii... kalo la bole belah 2 diri ni..
mau saja dok aloq staq n BM dalam masa yang sama!

Aug 6, 2010

cant wait animore 2 c u my rm750

wahhhhhh
akhirnya..
gambar dari OP siap jugak
ahhahaha
aku dah gedik2 mau tgk ni...
incik suami baru g amik tadi kol 8pm
huhuhu
tak sabaq nak jumpak dia esok...
oppppsss... sory kanda...
dinda takdak niat nak peluk kanda dulu..

dinda think: i want to hugs da album 1st
ha ha ha ha

bila kanda cakap chantek pulak..
makin bedebor rasa nak tgk...
masa nak nikah pon tak bedebor macam ni..
cait....
ha ha ha

cant wait animore 2 c u my rm750

kehekhekehkehkeh
=]

Jul 15, 2010

suami isteri

Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


____________________________________________________________

*dapat dr email... my spesel abang masa kat diploma dolu2 hahahahha...spesel abang bukan pakwe hokay... lebey kurang cam besfren tapi dia tua dr kau hahhahahah..

tengkiu mat kay... tak datang kduri aku erkkk...sila bg peti ais ikat riben nak tebus salah tak mai kduri.

masalah Fb utk suami isteri

Masalah Facebook

Posted on the May 5th, 2010 under BHO Blog by admin

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat lamaran’ nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah janganlah kamu menghampiri zina’.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, zaman aku ekstrem’, zaman solehah’, waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

Kredit artikel daripada:

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Admin BHO – pandangan dan huraian menarik yang perlu diambil perhatian oleh Muslim dan Muslimah. jangan terlalu ghairah menambah rakan facebook sesuka hati :)

http://berita-harian-online.com/masalah-facebook/

piccas kawenku 2






teaser: pengantin pompuan side. =]

Jul 14, 2010

nikah stori




*mari mendengar cerita*

12jun2010

tepat pukul 8 my sepupu pickup untuk mekap.
kali ni haruslah pegi dekat kedai gee glamer sebab kak mahfuzah ada amik partime job.
and its done.
suka dengan makeup sebab nampak cam chantek ja.
ha ha ha

time nikah yang dijanji dengan tok imam adalah 10am.
maka 900am sudah bedebar bila incik abang kata lom gerak.
umah incik abang kat BM (bukit mertajam)
huhuh..
perasaan saya time tu? cuak gila...!
yang saya tau timetu sms incik abang tanya dok mana.
...dan saya tau dia sangat rimas.
...dan saya takut dia takmo kawen ngan saya.
<-------------pompuan psiko! =]
suma orang asek tanya, "depa dah kat mana?"
sumpah...! saya stress.
sampai satu tahap, saya cakap kat orang yang tanya, "bole tak kalo tak tambah stress saya?"
saya sampai dah tak tau nak bagi alasan apa. sebab dah pukul 10++am.
tok imam dah lama sampai.
family saya pon.
last..saya dah tak tahan kena soal, maka saya call incik abang.
"abang dah kat mana?"
"keta abang rosak pulak, dah dekat, lagik 7km ja nk sampai tol"
dem!!!
dugaan sangat!!!

time tu cam mau memberontak.
mau nanges guling2 kat lantai masjid.

erk...sblm tu..lupa mau cita.
majlis nikah saya tak macam orang lain ye!
memang la sama apa, kat masjid.
tak spesel apa pon.
tapi saya tak dapat dok belakang/tepi/kiri/kanan atau tengah(kalau jadik yang ni sgt melampau la! ha ha ha) incik abang.
sebab tok imam tak izin.
apakah????
sedey gilak wa cakap sama lu takde gambaq feeling2 teharu walo saya takde rasa pon. hahahhaha
why? becos mai bendera merah muncul ikut time yang ditetapkan.
ahhahah
tok imam i ikut syarak kot.
saya pon tak pasti sgt.
sbb kekadang ada kata yg bole, ada kata yang tak.
so tok imam kata tak...
tepaksalah dok dalam kelas fardhu ain je.
apakah nasib ku jadik cikgu smp pencen kah?
kawen pon dalam kelas?
ha ha ha

sambung balik pasal incik abang.
enjin keta incik abang hancus.
ya, meletup ya tuan2 dan puan2.
keta matrix...
then, incik abang tepaksa tunggu rombongan yang lain utk pickup dia.
huhu
sgt tragis.

akhirnya, incik abang bejaya sampai dah dekat kol 11am.

*ketibaan rombongan incik abang yang saya rasa cinta makin mendalam time tuh kat incik abang sebab rupanya dia jadi kawen dengan saya.ekhekehkehek*


dan kami selamat dinikahkan dalam kul 11am
tok imam po tak banyak ckp.
terus nikah je.
2 kali lafaz.
ehhehe
sebab yang pertama gagal. tok imam ingat orang masjid tak pasang speker kat pengantin pompuan.
ces.

so kali kedua lafaz, dan tok imam kata sah.
terus saya tengok muka my sepupu and cakap, "weh, aku dah jadi bini orang!"
sambil tesenyum lebar cerahkan gig kesemua.
<------mmg sah pompuan psiko! hakhakhaka

suke wei, sape tak suke kawen dengan pojaan hati sejak umo 19tahun tau..
kuikuikuik..
abih mati bunuh diri suma setan2 yang keliling saya zaman becinta dulu2 lagik.
hahahha
amik kau setan. selamat dibakan talkin untuk warga setan semua.
ahhahahhahah

.......siaran besambung tggu mood. ^^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails