Nov 26, 2010

fav preg : DRINK.



kau ada favourite drink tak time pregant?

yes.. aku ada... hahhahaha

*image:gugel*

this is mine.. jgn tiru tau. hahahha
carrot susu.
tambah2 bila letak susu pekat2.
owwwwww... aku tegoda tau!
penah satu hari 3 kali saya ode carrot susu ja.
makcik kantin sekolah buat sangat mabeles woooooooooo
tai skrg dh cuti sek.
takleh nak mkn tetiap lunch time.
tsktsksskk...
nak buat sendiri... pemalas.hahhahah

tapi sejak pregnant ni mmg pemalas tahap terok tau. huhuh

Nov 15, 2010

bertukar!!!!!

saya dapat bertukar.
yeay.

alhamdulilah

Nov 7, 2010

sadness from the north



owh. banjir.
suma org pon cita banjir.
tapi tak sama dengan yang merasa keadaan banjir.
maybe this is the worst ever happen in kedah history!

banjir adalah kemusnahan.

rumah parents saya juga terlibat sama.
dulu penah jugak banjir.
masa tu saya sekolah lagi.
tapi tak la seteruk kali ni.
dulu masih boleh duduk dalam umah walau banjir.
masih ada air untuk mandi berak kencing makan.
masih ada letrik untuk update berita terkini walau bukan tengok kat awani.
masih bole lepak atas katil baca2 novel sbb penat nak merandok air banjir.
sakit tau kaki.

tapi kali ni.
sangat dasyat.
sampai seluruh kawasan tu kena berpindah ke pusat pemindahan.
maknanya dah tak selamat di rumah sendiri.
bole anda lihat?
teruk kan keadaannya.
sangat sedih bila tengok rumah yang kita membesar di situ.
kita dah tak boleh berada di situ.
kau faham?

sepatutnya jumaat lepas saya pulang ke alor setar.
dah sebulan saya tak balik kampung.
sebab keadaan alah saya yang tak mengizinkan travel dengan kereta lama-lama.
so sekarang bila dah ok sket, haruslah tegedik2 nak balik.
lagipun sempena deepavali cuti lebih panjang dari weekend biasa.

khamis malam, abah telefon.
"esok kami p umah hang.
umah kita dah naik air.
teruk kali ni.
macammana?"

"xboleh balik la?
takpalah mai la sini.
lagipon bahya la air tinggi2.
nanti sakit, tak selamat."

sumpah!
malam tu dah tak nyenyak tido saya.
risaukan mak abah adik2.
bimbang keselamatan mereka.
setiap jam pon saya tejaga..

pagi jumaat.
sangat lega dapat tengok muka abah, mak, pilah, pishah, pit ngan man.
bagaikan semua beban hilang.
saya tak kisah rumah kecik saya ni untuk semua family saya.
saya sayang mereka.
sangat2.

saya gembira sangat bila suma dapat bekumpul.
dengan selamat.

tapi.. abah tetap ingat rumah.
tempat jatuh lagi dikenang.
pagi sabtu dia nak balik naik bas tgk rumah.
apa kau rasa?
nak bagi bapak kau balik sorang2 tengok keadaan rumah yang dah tak selamat?
sorang2?
nasib baik suami saya memahami.
dia tawarkan diri nak bawak abah balik dengan kereta kecil kami.

saya bersyukur suami saya tak kisah saya bantu family saya.
suami tak merungut walau lepas hantar balik, pergi cari barang untuk makan dan tido.
tak merungut walau kena bawak abah and adik2 lelaki saya balik tengok rumah sampai alor setar.
tak merungut kena hantar adik saya ke stesen nak balik shah alam.
dan tak penah merungut walau banyak mana pun duit yang saya bagi untuk bantu family saya.
tak pernah walau sekali.
terima kasih suami.
saya sayang abang sangat2!

jadi, lepas sarapan pagi sabtu mereka semua balik ambil barang2 penting kat rumah.
adik man adalah mr photog.
owh... tak sangka bila tengok.
sampai sebegitu sekali tempat tanah tumpah kesayangan saya.
sedih!

saya doakan semua akan kembali kepada keadaan asal.
kedah yang permai.
alor setar yang saya sayangi.
taman tanjung bendahara yang saya kasihi.

ya Allah, jika ini dugaanMu kerana kelalaian kami selama ini.
dikau Maha Pengampun.
maka ampunilah kami hambamu yang sering alpa dan lalai ini.
berkatilah hidup kami.
selamatkan kami.
sejahterakanlah kami semua.
semuga kau mendengar luahan dan harapan hambamu yang daif ini.
amin.

tapi mungkin disebalik semua ini ada hikmahnya kan.
Tuhan itu sentiasa ingat terhadap hambanya.
mak ada di rumah saya sampai keadaan pulih sepenuhnya.
saya suka sebab saya dah tak tinggal sorang2 lagi.
mak masak sedap2.

jumaat.
smbal tumis kerang
ayam goreng kunyit
bendi goreng fishball
koteow goreng basah.

sabtu.
nasi udang
sambal tumis ikan temenung.
ulam-ulaman.
cucur jagung

ahad.
nasi lemak.
sambal tumis telur.
ikan temenung goreng.
ulam-ulaman.

isnin?
seronok nak tunggu esok.

Nov 2, 2010

dizzy **

muntah+pening+loya

tak suka!

nak demam la plak cuti2 ni.

rugi btoi!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails