Dec 22, 2011

Baby Hu 8month





Hannah Humairah dh 8 bulan .
=]

Tahniah anak ibu dah bole duduk.
Perkembangan terbaru ye and humairah tak merangkak pun.
Bila bgtau mak, mak cakap kitorang adik beradik memang cm gitu dulu.
Ok. Kurang aku punya obvious.
Kiranya Humairah mcm lompat dajah la. hehehhe
Lepas gerak belakang, gerak depan terus duduk.
\Sama la macam pegi sekolah darjah 1 kemudian 2 n kemudian terus naik darjah 4. 
Kahkakahakha
Sebagai ibu risau juga bila anak tak merangkak kan.
Lepa tu plak bila ada orang yg do banding-bandingkan :|
Ok. Memang rasa down bila diperbandingkan.
Bukan anak yang down, ibu yang down.
So, for those out there yang suka nak banding-bandingkan. 
Terutamanya nak cerita "anak aku lebih hebat".
Please stop the drama.
U make others feel sad.
Bukan aku nak anak aku hebat-macam-anak-kau-juga.
Tapi its a deep feeling from mother to daughter/son yang orang lain tak boleh nak feel.
Hati berkata, "kesian anak aku.. Lepas ni kamu mesti boleh juga anakku, insyaallah!"

Okay. Aku emosi. Change topic.

And to my yongest bro yang baru amik PMR ari ni.
Congratulations for your result. 6A pon okay. We proud of you.
Takpalah... SPM its time to change because its remains forever. 
Nak pencen pon orang tengok result SPM lg tahu tak?




Dec 13, 2011

dem yu Ombak Rindu!

Review Ombak Rindu?
Novel..
kau tak yah nak bajet hot plak nak review novel kat sini ha ha ha

Hokay. I ikhlas.

Ini semua Ceeramoon punya pasal la.
Apsal kau review baik sangat pasal Movie OR ni?
hahhaha

Ekceli.. i kan peminat novel melayu jugak la<-------mukadimah.
Fav author macam ahadiat akashah, zuraidah othman, sharifah abu salem.
But OR dah baca masa tahun 2002 or 2003 cam gitu.
Standed student, pinjam membe punya ha ha ha.

So, bila movie keluar haruslah mengelitis nak pegi kan.
Dulu kan pinjam membe punya so first step haruslah ada novel. nak ngaku peminat tegar ha ha ha
Okay.. sminggu pertama movie keluar belum sempat p tgk maka aku bejaya habiskan novel.
Nak amik mood dan bagi suami rasa-kesian-dan-terus -bawak-tengok.

Then, masalah sekarang cuti sekolah, anak aku xkan nak usung jugak?
ye lah, humairah kan Tok yang jaga masa p keja.
macam kesian plak nak susahkan MIL.<---bajet menantu mitahli katakan.
Tapi ......
itu yang aku dem yyyyyyyyu sgt OR.
Demi OR aku tepaksa korbankan title menantu mithali. Coi sangat.
ha ha ha

dah dekat setahun kot tak tgk wayang.
Last masa pregnant tak igt nak bopa bulan tapi tgk cita twilight hehhe. twiligt yg baru tak tgk lg. tggu cd je la.
Okay, to the point.

Ombak Rindu was superb.
walaupun byk lagi scene dalam kepala hotak aku yang tak kuar kat movie. aku ok je.
yelah macam ceera cakap la... bila nak abih kan kalo letak semua. tu pun aku dah rasa mcm tgk industan la sampai 2 jam. <------industan kat tv sbb pakej ngan iklan kehkehkehkeh

10minit pertama pada aku bosan ya amat. sori.
aku dapat momentum masa izzah buka stokin hariz n sandar kat hariz yg baring kat kusyen.
then lps tu kau tak payah tanya lagi. memang sangat bang bang booom hokay. 
nangis? standed la pompuan sensitip n romantik cam aku ha ha ha

Maya Karin: u are the star bebeh! tgk muka dia sandar kat batu-masa-kat-pantai pon aku nangis mcm haremmmmm hahhahahah

Aaron Aziz : kalo aku tak kawin lagi mau malam tu aku peluk bantal imejin aaron aziz. hahahhaha ekceli... aku berdoa sblm p tgk agar tak stereotaip mcm nora elena n pemintaan aku temakbul. u are da bes man. Walau aku bukan peminat tegar aren ajis but u rock! mmg jadik la masa aren-belasah-maya-dalam -toilet pastu maya cuma jawab " saya tak mengandung encik" hailaaaaaaaaa!

Lisa Surihani : Syabas sebab berjaya mengurangkan kekayuaan anda walau sisa2 kayu masih ada. Ada scene yg jadi n scene yg tak jadik pon ada. heheh maaf cakap masa ending scene lisa jumpa izzah kat bendang pastu dia nak blah..lisa jalan sangat lawak. bole plak dalam sedih tu aku gelak2 sebab tgk dia jalan. herot semacam ja pulak. nak kata model mcm pengkaq po aa. ya ampun ya buk!!!!! hehehhehhe

Watak lain aku malas nak review nanti bejela2 plak tak tido aku malam ni hehhehe. 
ekceli datuk sufiah tak sehebat imejein aku. kau tau sebab apa?
Dalam otak aku imejin Datuk sufiah macam Rafidah Aziz. Kau kenal Rafidah aziz? kalo tak tau gugel la ha ha ha.  so stakat kak zizah mahzan tu tak sampai level satisfied aku. sbb datuk sufiah tu kan dikatakan sangat hebat, gagah, berkuasa. so tak nampak keKUASAan tu kat kak zizah.ampun buk jijah.


SO, conclusion aku..
RAsa bebaloi la aku bayar beli auntie anne nak tgk movie ni. ha ha ha
haruslah suami yg bayar tiket sebab tu aku tak mention pasal tiket kahkahkahkah
Dan kadang2 aku rasa scene tu takdak lah sedih mana pon tapi lagu background tu yg bagi aku nangis. dem yu Ombak Rindu!!!!

Aku tunggu kuaq astro first sbb nanti ada la dvd keluaq n aku bole layan izzah n Hariz sampai lebam! hahhahah

(stress tak penutup aku?)

And lupa plak ari tu aku ada baca review utusan kata OR ni tak islamik la apa la...
Peduli apa aku... Kalo penulis tu  islamik sangat takkan dia p tengok wayang kot kan?
Lain kali fikir dulu sebelum tulis.
Dah tajuk pun cintun2 kenapa nak expect benda yang tak patut. Apsal, kau meroyan lps tgk maya ke, ke abang aren? ha ha ha ha














Nov 29, 2011

Anakanda adalah keriangan ibu sentiasa!

 Humairah pentamak dengan mainan pasar malamnya!

 Ini adalah muka Humairah amik nafas dok membuang tuh..LOL.

 #Eh? ayam penyet dan pecal lele padang jawa. Sedap tapi environment kurang elok sekiranya anda obses kebersihan. hehhehe

 Humairah dan tudung pertamanya. Kiut sangat anak ibu! *peluk kuat2*

 Humairah pose ala america next top model masa konvo maklang kat shah alam.

 #Eh? meatball ikea. Wa rindu sama lu bai!

 #Eh? Muka orang pulun 15 biji meatball on the dot kahkahkahkah.

 Humairah yang pantang-tengok-kamera-mesti-nak-pose!

Kau jangan nak salah paham hokay. Humairah dan sepupu dari johor sedang bergaduh. Ada bakat Triple H walau cuma double H ibu letak nama kau, nak!

Kau jangan nak stress plak aku letak gambar banyak-banyak cam gini. heheheh
Saja nak buat evidence bila Humairah besar nanti.

Untuk anakanda Humairah.
Kamu penyeri ibu dan abah.
Kamu kuatkan semangat ibu sentiasa. 
Tak sabar ibu nak lihat kamu membesar.
Semoga kamu anak yang solehah.
Bukan sahaja untuk ibu dan abah.
Juga untuk agama dan negara.
Walau dimana kamu berada.
Ingatlah kamu gadis melayu dan beragama Islam.
Ibu sayang kamu selamanya...

Nov 28, 2011

puisi yang aku baca rasa nak pitam

*ini bukan puisi suamiku. tapi rasa terharu dengan puisi daim aka zahiril kat isteri. suamiku, bila nak berpuisi? tapi mungkin aku yang geli kalau dia berpuisi mcm ni atau mungkin aku reject masa dia propose? nasib baik dia tak berpuisi, kalo tak, mana mungkin wujud anakanda humairah kalo abah berpuisi. mungkin ibu rasa abah gay!!! hehehheheh

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


*romantica de amour. mcm nak p hanimun lagi pulak hahahhahahah

Nov 21, 2011

Kita nak apa? Menang ajewwwww!!!

Harimau muda boleh!
Jom sama-sama kita saksikan malam ni.
Nak apa?

Kita nak menang aje!!!!

Malaysia Boleh.

Harimau muda gagah perkasa,
Tak gentar dengan garuda,
Semoga malam ini untuk kita,
Apa kita nak? Kita nak menang aja!





Nov 11, 2011

KEDAI HUMAIRAH

WAH.. anakku dah berkerjaya!
hehehhe

Demi simpanan Humairah, silalah berkunjung ke SINI.

Pelbagai barangan menarik untuk anda.

Harga yang tak boleh nak cari ganti tau.
Memang berbaloi-baloi untuk setiap sen anda.








Coming Soon!


Oct 25, 2011

deepavali baru nak update?






hai semua....
walaupun dh nak deepavali, aku tetap nk tunaikan janji...
sesi menayang gambar raya. kahkahkahakah.
kami amik kat kedai gambar. old school gitu.. 
tapi mahapkan lah background tuh...
itu lah jadinya kalo tengah begambar ada plak org berak hehehhe
elok dh begambar terus humairah melepaskan bomnya.
semerbak sesuci embunan pagi plak.
nasib baik anak je kan.. =]

gambar kedua pulak adalah journey cuti2 msia ke perlis sempena konvo pilah a.k.a mak ngah.
seronok la bejimba sampai padang besaq nun dik oi!!!
pastu mlm p layan stimbot n grill rm10 per person..
tapi makanan standard la dgn harga..
kalo mcm tu takkan la kau gagh nak demand udang n sotong bagai kan?
besyukur je lah dgn apa yang ada. hakhakahkah

weekend ni journey konvo kat shah alam pulak oi!!!
jln tar.. tunggu akuuuuuuuuuu
dh lama aku merindui kamu...
Humairah cepat baik demam na...
kita p jln kl ni...

korang ada idea tempat baik punya makan dekat shah alam?
cepat la hantar resume kat aku!!!
hahhahahah

ps: lama tak mengarang sebab ibu bizi dengan humairah.
anak ibu dh 6 bulan... byk la karenahnya kan..apapun kita enjoy!!!



Aug 25, 2011

salam aidilfitri

selamat hari raya!
in advance
exited terlebih sudah sebab tahun ni tahun pertama beraya bersama anakanda.
nanti ibu reveal berapa duit raya humairah hokay.
hahhahahah.
ibu yang exited lebih.
anakda tak tau apa2 pun.

baju raya humairah?
ada yang dah TERpakai pun.
biasa la...mana tahan tengok baju baru.
kehkehkeh

paling exited nakngah humairah dah buat baju kurung kat dia.

ibu tak sabar la nak sedondon ngan anak ibu n abahnya!!!
suka tau.



nanti ibu update baju raya kami.
tapi tak tau la bila. ha ha ha ha

Aug 18, 2011

my sayang!

she is 4 month already.
dah pandai tgk bola..
tak layan ceria.
nak espn je abah punya pasai la ni.'
takpe sayang.. nanti ibu ajar tgk afc je ok!

masterchef malaysia bila nak start?
rs exited lebih plak nak tgk

salam ramadhan utk semua.
kami dh beli baju raya.
korang dh ke belom?
hehehheheh

Jul 29, 2011

quote #1

"kita orang perempuan ni selalu jadi mangsa keadaan"
-tahajjud cinta, 2011

Jul 16, 2011

Humairah The Bald Baby

Oh! Asyik, asyik, asyikkkkkkkkkk!

Name : Hannah Humairah

------------------------------------
T
HE BALD BABY CONTEST

6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipant.

Contoh:
From no-hair to no-hair-at-all!

Amir Hidayat Syah


Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)


Hadiah:

Mothercare Sleepsuits - 3 packs

*Design and Size (age) may differ from the picture based on the winner. Say baby girl wins, organizer will choose appropriate design for her :) Amir has a great taste so don't worry.



Mari ajak kawan-kawan yang lain join!!

Love,
Amir

Jul 8, 2011

Mak malas nak!

FYI. i dah 2 hari pegi keja.

Oh, no!

Xbest sungguh.

The reason
  • Takleh bangun suka hati
  • Takleh tido suka hati
  • Takleh layan budak konet
Sekian.

Jul 6, 2011

Pengalaman 44hari bersama NR(bukan iklan)


Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Mengandungi

* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit


ok!
aku bersalin normal.
dah beli set ni sebelum bersalin lagi. yakin sungguh normal. hakhakahka angkuh kot!

minggu pertama just guna minyak mustajab utk baby. bagus. baby senang berak.
mak suka la.. masa tu anak ada kuning maka PERLU berak kerap katanya=]


sbb baby kuning maka takleh la nak makan jamu2 ni lagi kan.
ok . fine! fine! fine! (mcm shuib sepah)

lps baby dh luruh pusat baru stat mkn jamu dlm hari ke7 or 8.
ok, mari bercerita.
asa hari awal2 lps besain.. nak ke toilet punya la ngeri.
ye lah..kat bawah tu kan berjahit. maka i penakut hokay.
kau kena paham naluri penakut mcm aku. nak teran? no wayyyyyyyyy man!
so harap je lah benda tu keluar semulajadi.
nak rasa sakit perut pon mcm anugerah terniai tau. sbb apa?
sblm ni mkn sayur senang la merasa.
dah pas bersalin igt 10 days earlier mak aku nak bg aku merasa sayur2 n buah2 ni.
diam kau di situ.! ha ha ha
so 4 days earlier aku terseksa... hahhaha
hari ke 4 br merasa...sentap oh!

then dah hari yg stat makan phyto tu, senang je aku ke toilet.
sbb kita tak tau kondisi badan sdirik.
try amik sebijik dl per day.
result hari pertama?
pukul 9am aku mkn pukul 10pm aku terasa sakit perut mbuat aku gembira.
tapi amaran... kalo merasa tuh cepat2 la ke toilet..kang merambus kat situ semuanya. hahahha
so..mbuat aku konfident utk try 1tablet per day je.
kalo 2 biji mau tercirit2 plak kang.
pastu ko kena ada skil mbuka bengkung dgn cepat hahaha
tp mmg tak menahan ooo..
ada jugak yg amik 1tablet tak kick so try la 2tablet.
for me just 1 tablet only.

then try krim barut n minyak herbanika.
yg tu 1st kau sapu minyak then krim.
pastu pon pakai barut.
utk bajet mcm buat kat spa mahal, sblm pakai bengkung tu ko cover dgn plastik..
ala, plastik yg utk mperap ayam tu pon bole=]
kesannya..berpeluh2..kehkehkehkeh..
mmg beri kesan..tempat belly jelly yg comel tu cepat kecut.
mak suka nak!

aku jugak guna lulur.
bau dia mmg la kunyit2 herba2 sket tp aku rasa kulit licin je.
ke aku yg perasan lebih?
hahhahaha

sekarang ni stil pakai lg bengkung kalau rajin.
nak kurus katakan hehehhe

ok. berat zaman anak dara 46kg
berat prgnant 9bln 63kg.
berat sekarang 53 kg.
reduce 10kg tp masih ada lemak tepu.

camna tak tepu, lps pantang semua hentam mkn dlm kuantiti byk.
ehhehe
nasi sekali makan 2 pinggan nsib la bf baby... ahhahahahah

pastu aku

Jun 30, 2011

Soalan dekat-dekat nak raya.

cewah. ganti puasa pon belum kau sebuk nak raya dah? kehkehkehke biasalah, pompuan memang suka benar dengan event2 ni. nak raya plak lagi la sakan persiapannya. setahun sekali kata kau!

Ada sesiapa yang berminat nak order bahan-bahan buat kek tak?



p/s: tolong bagi feedback ye! tenkiu.

Jun 12, 2011

one plus one equal 3


Pertama kali menyambut ulangtahun perkahwinan.
Seronok.
Gembira.


Segala pahit manis masin kelat terasa diblend dalam setahun ini.
Terima kasih Tuhan, Kau telah memberi rahmat dan kebahgiaan dalam perkahwinan ini.
Semoga kami sentiasa dalam keberkatan dan hidayahMu.

Abang, semoga perkahwinan kita akan kekal selama-lamanya.
Agar kita sentiasa dilimpahi kasih sayang dariNya.


Terima kasih juga kepada ibu bapa kami.
Yang sentiasa merestui kasih sayang ini.



Perkara yang paling beerti bila ulangtahun pertama dengan kehadiran si kecil.
Lebih terasa kebahgiaan bersamamu sayang, Hannah Humairah.


Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama.
Doakan kesejahteraan kami.
12 jun 2010.

Jun 11, 2011

We Home!


Hari ni Humairah dah nak balik umah.

Bye-bye Sungai Petani.

Selamat datang Bukit Mertajam.

Banyaknya barang Humairah ibu nak kemas.
Mintak2 muat la keta.

May 30, 2011

tips #2 : Aksesori Anak

okay. Jangan pulak salah anggap. Just to share.

1) Benda ni nama bounce sebab kau boleh henjut2 dia. Sangat berguna nak menggantikan buai. ye lah umah mak aku ni nak sangkut buai celah mana s lam pantang pon tepaksa amik inisiatif keluar membeli benda alah ini. *padahal suke boleh keluar* so senang nak nak tidokan Humairah. Nak henjutkan pakai kaki pon boleh. Ha ha ha. Bunyi macam sangat kurang ajar kan tp its happen sbb kaki menhunjut anak tido... Jari ibu dikibod sedang up entry. Ada stail kan? barulah seperti ibu bekerja gitu! Anak aku ni ala mengada gitu nak dodoi sebelum dia tido maka terpaksa la beli sebab lenguh kaedahnya, lengan mak kecik je nak oi anak bukan main sihat sekarang. Related to lengan, anak aku suka tido kat lengan, tambah2 time menyusu. Kalo ubah ke bantal bila dia dh tido pun, amboi siap cepat je dia terjaga. Kau dah mengajar emak ye anakku. sib baik kau kecik lagi! Harga RM169 tapi kalau beli kat Jusco kau boleh dapat RM149 je.





2) Ini baru beli semalam. keh kehkeh.. next Thursday kan aku merdeka so kena la ada preparation nak kuar meraikan kemerdekaan kaedahnya. ha ha ha. Palng buat teruja dengan stroller ni sebab boleh bed kan seat tu. Yelah, anak aku kan newborn mana boleh duduk lagi kan. Dan yang paling pentingbed sangat lembut okay. Takdak la sangat kesian belakang anak kau berasa besi nak up kan seat tuh. Harga pun okay la dalam RM349. takdak la terasa sangat membazir tetapi beware ye kau nak, kalau pasni kau takmo dok atas ni, nak bedukung jugak sila bayaq balik kat ibu. Mahal ni ibu beli kat kau!!!! kehkehkeh. Ni beli kat Jusco.


3) Yang ni pulak kami membeli sebelum Humairah lahir lagi so xreti sangat nak memilih. Hahahha. cuma terpikir nak memudahkan nanti nak antaq anak aku kat umah mak mentua... Yelah mak mentua yang nak jaga dia nanti p keja. Harga rm 190 after less 20% kot. Jusco jugak.




Humairah dah boleh jadi duta Sweet Cheery la.
Kehkehkehe

4) Bulan depan terasa nak beli yang ni pulak. senang sket ibu nak memasak anak terkepungkan. Takdalah nak risau anak terjatuh ke memunggah ke. Semalam tengok kat Jusco dalam RM190++. Okay la tu kot affordable lagi. Cuma nak tanya kalau ada sesiapa yang dah beli macam ni, berguna sangat tak? Tamau la sekadar nak buat hiasan je kan.

source : SINI
1. Siapakah diri anda di rumah?
sekarang adalah seorang ibu yang asik menenen kan babynya dan smbil menenen pon sempat BW. anak aku tido aku up entry. #Eh?

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
sekarang rakan kat twitterngan fesbuk je la tapi aku takde lah twit sgt suka baca timeline pastu menyampuk tanpa bg salam. Selain itu, rakan karib juga adalah makcik tukang urut... sedap wooooo dia urut.

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1) Nak stroller Mc laren tp smp sudah pasti tak dapek punya... takpelah nyah, stroller murah pon aku terima. #Eh? Kau igt ade yg nak bg free ke?
2) nak TV LCD 32 inc sbb tv umah kami dah nampak ujan rintik2 air begelora. emak bg duit adik pegi sekolah. #eh?kena nyanyi ke? Maklumla jenama Sonic dr china ja kahkahkahkah
3)nak beli tudung syria sbb pada pikiran aku akan lebih nampak chantek dan begaya. Tapi time nak beli je mesti tuan kedai jual yg kaler tak menarik, kalau menarik aku rasa mahal pulak. Pastu sampai bila pon la aku tak dapat.
4)Nak Rumah sendiri. Type: Semi D double storey area BM or Nibong tebal. Price under rm230k. Ada yang berani nak bg? kehkehkeh
5) Nak anak lagi. #eh? anak bukan benda! =]


4. Siapakah nama pasangan anda?
Beliau lebih mesra dikenali sebagai Shamboy *nama kat kg* atau pakteh *juga nama kat kg* abis laki aku dok kat kg je nak buat cmna. hahhahah

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
1) tau aje kalau aku merajuk tapi dia akan buat tak tau je.*hampeh* cth tak elok jgn ikut.
2) Suka buat lawak kalo kita serius tp kalo dia serius kita buat lawak, siap la kena marah! x suka tau abang!!!!!
3)Kalau aku masak suka benau tgk dia makan, siap betambah2 tapi ayat last lepas kenyang,"napa abg rasa tak sedap ek b, biasa2 je?"penat terus suruh dia basuh pinggan sdirik. *jgn ikut ini bukan contoh isteri mithali*
4)Pegi keja bukan men ensem siap pakai gel balik keja bau rokok ja yg ada. busuk la abg!
5)#eh? aku rasa semua kutuk2 laki aku ja bukan ke soalan PALING SUKA ke?

6. Bila tarikh anda couple?
entah. yang igt masa umo 20 tp pastu kapel lagi ms umo 26 hhahahaha. yg 26 ni lps raya.

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
takde la pahit mana tp ms putus aku ada hati nk cari pakwe lain nak tayang kat dia... tp hampeh tak laku aku rupanya. tepaksa megasale je kat dia kwehkeh

8. Lagu tema cinta anda.


9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?


10. Tag 10 rakan anda yang lain.

May 27, 2011

#AAK?


"Amboi...bukan main la kau Joyah. Sejak ada baby ni asek tempek gambar baby kau je."

Kahkahkah...
Ada aku kesah?

May 25, 2011

tips #1 :brg newborn p1

Sejak dok menjaga Humairah ni susah sikit la nak up entry kat sini kan.
kaedahnya bila dah dapat nak posting page, tetiba sikecik berdondang sayang. nak kena sua nenen la pulak. ha ha ha. la ni Humairah dengan tok wan. Tok wan rajin nak main2 ngan Humairah maka ibu yang cargas mesti lah amik kesempatan sebelum kesempitan waktu. Kahkahkah. sejak masuk kategori mak-mak ni pandai pulak aku buat ayat. *sewel*

walaupun begitu*cewah lagi* sambil menenen sempat jugak BW. Isi masa terluang dengan berfaedah. kehkehkehe. Ok, back to the topik. #Eh? ada topik ka? Muahhahaha

Sebab musabab aku menaip ni sepanjang aku blogwalking banyak juga yang aku baca tentang mom-to-be yang macam konfius. kalau tak salah Husna and Har pun ada same problem. Sama la. aku juga begitu. So based from my experience <----------eja cam tu ke? ahhaah...., pon kelam kelibut nak beli barang. kuar masuk kedai last2 beli lampin ja...*realstory*.

so, kat sini aku listkan batang yang kelam kelibut nak cari lepas baby ada. barang yang dalam list kau bole carik kat tempat lain. Yang mcm wajib beli tu. Okay.. aku bukan nak cakap wajib beli la tapi barang ini mungkin juga perlu macam aku perlu *maaf sebab ayat dah tak paham* kah kah kah

1. Lampin pakai buang (LPB)
*macam aku, awal2 anak aku ada jaundice so 2kali kuaq masuk spital. maka anak akan digalakkan berak dan berak dan berak je. so kaedahnya kalo asik berak je kejanya maka byk jugak la LPB nak ditukar.

For Humairah, sebungkus LPB tu pakai sminggu. bungkus pertama aku pakai Mamy Poko. Ok sesuwai ngan dia. Yang ke 2 Pet Pet. Pass jugak. Yang ke 3 Drypers. Border line je kelulusan sbb ada nmpk cam merah2 sket so pasni banned Drypers. Muhahahaha gila keji. pack ke4 try Huggies. pon ok jugak.

so aku wat kesimpulan cuma banned drypers untuk Humairah. sorry! heehhehe. Maybe lain org lain cara tapi aku buat xperimen for eacch brand sbb nak cari yg sesuwai je.

Ingatan yang aku nak bg kat sini...plis prepare LPB banyak2 pack sbb nya mcm aku Humairah asik berak byk pakai LPB dan bila kita dalam pantang ni bukan senang omak nak kasi kuar g tesco ha ha ha. Lgpun utk ibu baruu ni awal2 dpt anak maybe life akan messy sket. Mcm aku hahahhahha. suma pon xtau lagi. Aku pon cuma nasib baik je sbb aku beli awal byk pack sbb asal offer LPB je dulu aku rembat hahahha... Sep la katakan kuikuikuik

2. Babby wipes
*Sama la kaedahnya ngan LPB. Bila banyak berak, banyak la kau nak mengelap. kecuali anak kau newborn pon kau bawak basuh kat sinki je. okay, kalo macam tu aku sket tabik spring la kat kau. aku sampai hari ni nak mandi2 kan humairah masih tegeliat lagi kuikuikuik.

3. baju nipis/baju lubang2/seluar pendek
*ini sebab iklim kita kat msia la. Kaluo kau baca ni dok imejin nak berpantang kat Korea sila abaikan tips no 3 ni. Aku dulu beli baju bukan reti nak berpikir. Otak leak dalam perut gamaknya. Nak yang cantik n comei saja. Bajet dok main snowball tiap tahun agaknya hahhahaha. Skali amik. Masuk tghari je anak aku nages. Panas kan. Terpaksa bogelkan dia kecuali LPB ja. kesian kan? Bila bogel baru dia bole tdo.

Last kopek sbg ibu yang bertanggungjawab *nak jugak tu* aku g tesco hahhahah. beli baju n suar lubang2. murah je sehelai RM4.90. Alah, nak pakai kejab je kan, lgpon anak kau bukan reti nak meilih brand pon. Mak nya je yang over kehkehkehekh. Aku beli 3 pasang. Sempat la omak kau nak basuh.

Kalau kau tanak yang belubang pon, its okay dekat Anakku pon ada baju yang kain nipis cantik la sket. Macam blouse. Harga up sket la kata nak cantikan? hehhe rm 11.90 je.

4. Kipas tangan bateri
*Yang ni aku dapat pengajaran sebab ada satu hari tu TNB nak buat keja apa ntah kat area umah Omak den. Dari kol 11am smp kol 5pm takde letrik. kau? tak ke mengelupur aku dgn panas yang bebahang. hari biasa pon bukan men panas. kecuali la umah kau ada ekon tp kalo ada ekon letrik takde pon no point jugak. Ye tak? mengipas la aku satu hari. Lenguh nak kejung rasa tangan aku ni.

Aku lepas tu tak berani lagi. terus g rembat just rm15.90. dekat kdai baby pon ada. yg bole clip kt stroller tu.

k la, nnnt smbg. humairah nk menenen plak.

Wordless Wednesday #2

May 18, 2011

Humairah : A month



Sempena Humairah dah genap sebulan, ibu pun belikan hadiah hari lahir di atas untuk Humairah. Ha ha ha. Maafkan ibu ye Humairah, ibu rasa x mampu nak BF esklusif disebabkan kekangan waktu *sebenarnya malas nak memerah, memerut ibu kau rajin la* .

Ini semua persiapan untuk kembali bekerja. Oh, tidak! I hate p keja tapi time gaji ehem2 *muka ibu dulu yang beratur kat atm*.

Hari ni Humairah dah 30 hari. Yeah!!! Dan telah p cucuk untuk sebulan kat Klinik Munirah Iskandar, Permatang pauh. Bukan nak demand tapi ibu malas nak tunggu lama-lama kat KK. Sekarang takpalah ibu lom keja, kang keja mau kalut jugak kalo hari cucuk ada aktiviti petang. Its okay, semua Tokwan Humairah yang bayor.

Petunjuk.
Tokwan = TNB.

Ha ha ha. Tak sia2 abah Humairah pakai baju uniform biru TNB, kita bole p klinik free.* aiseh, jadik pantun plak*

Masa kena cucuk, Humairah berjaya melakukan jeritan Ziana Zain! Syabas anakku!!! Ibu bangga dengan kamu. Kah kah kah. Skali je dia menjerit tapi mau tau la. Bila keluar bilik doktor, semua asyik pandang kamu saja. Cis, pandai kamu cari attention. Lepas ni senang la kamu nak dapat undian Junior Masterchef. #Eh?

Semoga kamu gembira dengan hadiah pemberian ibu ye. Mahal tu hadiah besday kamu *ibu kamu ni kedekut tau*. Sila gunakan dengan cermat, jangan dok baling2 plak, kang pecah ganti balik dengan duit sedekah kamu tu. Ha ha ha.

Pesanan permintaan ibu untuk kamu, tolong minum ye Humairah, nanti kesian Tok bedah susah nak jaga kamu ibu pegi keja..

Me Heart U, Humairah!!

XOXO.

May 16, 2011

monday blues #1


kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa


kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku


May 14, 2011

hilang entri

bongok! apahal post hilang.
Blogger pulangkan!!!!!!!!!!!!!!!

May 13, 2011

Daddy cool!


Kau rasa-rasa kalau pegang anak serupa itu, cool ke?
Ha ha ha.

May 12, 2011

my new BF? ramai pulak!




KenApa mereka ada di sini?
Siapa mereka?
toyboy baru ke?
hak hak hak ptuihhhhhhhhhhh

Ini semua x-student aku.
Sev=benarnya ini adalah entry terharu kaedahnya. Sebab depa mai melawat cikgu yang tengah berpatang. ko hado? ha ha ha. Nak belagak jugak tuh.

Jauh jugak la depa mai. depa semua pemaustatin tetap Balik Pulau. Aku adalah berpantang kat Sungai Petani umah mak.

Kau tau depa semua merempit tau nak tgk Humairah.
Terharu kuasa dua!


sayang hampa ketat2 la!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails