Mar 29, 2011

DandelionFishaniosta Blogshop

...sticky post....



Jom beramai-ramai ke
DandelionFishaniosta Blogshop.

Jualan pembukaan yang hebat menanti anda. Free postage for every purchase. Mana nak cari? =]


Pelbagai pilihan cardigan, long skirt dan handbeg vintage menanti anda.

Harga murah dan pelbagai pilihan yang menarik.

DandelionFishaniosta Blogshop



Yang ni menarik siap ropol2 kat tangan tau. cuma RM 35 sahaja. free postage plak tu.

Handbag vintage cuma RM45. Free postage juga. suka2.

Long vintage cardigan ni cuma RM 42 sahaja. Free postage.

Paling menarik blogshop ni FREE POSTAGE!!!
murah la kan for every purchase.

Jom ramai2 rebut peluang best ni.

Tak sabar nak begaya dengan jacket ni.
Mihahahhahah
Only RM 60. kehkehkehkeh. Ingat ibu mengandung tak boleh nak melaram ke?


DandelionFishaniosta Blogshop.
email: dandelion.fishaniosta@gmail.com

Mar 27, 2011

entry tapi tak macam entry

aiyok.
bosan.
suami pegi langkawi sukan tnb.
isnin plak sambung kusus kat sg petani.

isteri boring la suami.
i mis u like crazy!

Mar 18, 2011

emosi

nak kena pegi induksi.
selasa ini.
moga2 baby sentiasa ok!

Mar 16, 2011

Hospital ke Hospital

aku baru discharged dr Hospital Seberang Jaya.

mula ke Hospital Bukit Mertajam lps tu terpaksa ditransfer ke HSJ.

semua demi anakanda tercinta.

Ibu kena kuat!
Doakan yang terbaik untuk kami.

ps: will update later sebab nak kena siapkan tanda kertas ujian dulu.
takut kena masuk Hospital lagi kang tak sempat plak!

Mar 9, 2011

Ujian Bulanan Mengandung

Mula2 MGTT <----ini adalah sejenis test sugar in bloodstream.cewah.

First time amik. LULUS.
7.1. Okay la tu.
Masa tuh dekat 5 bulan dah.

Second time amik.
Amik kau.
2-3 ari sblm chinese new year.
Resultnya ialah 8.4.
Phewwwwwwwwwww!
Kencing manis mengandung la jawabnya!

Maka, esok tepaksa la p BSP plak.
4 kali amik darah sehari woooooooo.
gilos tp bes sebab dapat MC tayah p keja.
Hahahahhahaha
pukul 8 am, 12 pm, 5 pm, 10 pm.
Sian darah gue.
Dah la sket terus nak amik banyak2 kali pulok!

Nanti i stori pengalaman hokay!

Tadi p KK doc ada scan.
Apa doc cakap?
Baby dah turun bawah.
Bila2 masa je dia boleh jumpa ibu dia.
Wah!!!
Baru kemas beg baby semalam.
Beg ibu blom kemas lagi.
Alahai....tolong la rajin sket!

Mar 6, 2011

Menghitung Hari

Bila tengok ticker kat atas tu, tetiba plak rasa cuak.
Another 45 days to go!
Mihahahahha.

Cuak? penakut juga kau ye!

Yelah mau tak cuak.
Nak kuarkan seorang manusia dari dalam perut.
Ingat semua orang mampu ke?
Hanya yang kuat saja aku rasa mampu untuk semua tu.
Itu sebabnya ada yang tak sanggup pun nak mengandung.
Maknanya lagi penakut la tuh!!!!

Kalau ikut plan sendiri, aku nak becuti 3 bulan.
Tak sia-sia tau Shahrizat Jalil bejuang.
Tima kasih Mak datin.
Akan saya manfaatkan perjuangan anda itu.
kehkehkehkehkeh

Ada juga yang bagi cadangan soh amik cuti awal sebulan.
Oh, katakan tak nak.
Kalau awal pun, paling awal amik cuti awal seminggu je.
Bukan apa.
Kang tak puas nak manja2 ngan baby lepas tu.
Eh, bole pulak nak manja2 ngan baby.
Bukan ke baby yang nak manja2 ngan ibu dia?
hehhehehhehe.

Persiapan nak sambut orang baru ni lebih kepada sifat keterujuaan diri sendiri.
Tambah2 bila dah lepas scan doc cakap apa gender baby.
Lagi ibu teruja tau sayang!
Tapi ibu tak kisah baby girl or baby boy.
Asalkan anak ibu sihat sejahtera pun dah cukup bahgia untuk ibu.
Juga utk abah.

Semua ibu rasa nak beli untuk baby.
Cuma kadang2 tu bajet menghalang la jugak.
hehehheheh
Baby kena tau dari awal lagi, ibu dgn abah golongan sederhana.
Mesti menginsafi diri tau baby.
Berbelanja ikut kemampuan.
Semoga senang masa depan baby nanti.

Banyak benda kalau boleh ibu dan abah nak siapkan untuk baby.
Supaya baby gembira bila tengok dunia ni.
Baby senang di masa depan.

Nanti baby jadi anak yang taat tau.
Bukan hanya taat pada ibu dengan abah.
Yang paling utama, kami berdoa agar baby jadi anak yang taat pada penciptaNya.
Ibu nak baby tau, hanya Allah tuhan kita.
Tiada yang lain selain Allah.
Jangan sekali-kali baby lupa pesan ibu ni.
Taat segala suruhanNya dan hindari segala laranganNya.
Insyalllah hidup kita sekeluarga akan sentiasa dalam keberkatanNya.
Senang bukan sahaja di dunia ye sayang, juga di akhirat.
Dunia ni hanya suatu transit sayang ibu..

Taat pada Allah, pada ibu dan abah, pada seluruh keluarga yang lain, pada cikgu.
Hormati orang lain.

Itu doa ibu sentiasa buat anak ibu.
Tiada lain yang ibu nak dari baby.
Selain menjadi anak yang bahgia dunia dan akhirat.
Sesungguhnya ibu amat sayang anak ibu.
Baby bukti cinta ibu dan abah.
Permata sulung kami.
Besar harapan ibu untuk baby tau.

*baby asik kicking perut ibu je masa ibu menaip ni. Laptop sekali baby kicking. Kuat betol anak ibu. hehehe. Ibu harap itu tandanya janji baby kat ibu. Nak menjadi insan yang berguna buat ibu dan abah. Janji tau sayang!*

Masa ni dah mengandung tapi tak tahu lagi mengandung. OTW nak g kenduri, asik baring je. Dah pening naik kereta, tapi ingatkan normal sebab cuaca panas sangat. Pipi pun dah montok masa tu. =]


Ni baru 6 bulan lebih. Tetiba teringin sangat nak p Penang. Nak makan pasembur kat Gurney Drive. Bangun awal2 siap exaited nak p Penang. sepanjang dah tau mengandung, nak pakai contact lens jgn harap la. Tengok Lens pon rasa nak muntah. Tapi tetiba hari tu, dah la bgn awal. Siap pakai lens, mekap lagi. Rasa nak melawa plak. Suami pun pelik. hehhehhe.


Yang ni dah 7 bulan. kat alor setar depan masjid zahir. nak buat ala2 i city shah alam. perutku membesar dengan bulatnya. heehhe

*oh no, tgh menaip ni, sembang2 dengan mak. Mak cakap, "Perut ang dah turun tu!"
Baby sayang, bagi ibu p induksi 22-24 mac ni dulu ye.
Baby nak kuar 25 Mac ibu ok je.
sabo kejap je sayang!!!

Mar 2, 2011

kronologi februari

terasa nak update tapi dh tak tau nak mula macam mana.

banyak benda malang yang jadi sepanjang februari ni.
dugaan betol
dengan sarat bawak perut ni.
semuga Allah senangkan aku masa beranak nanti.

kejadian mengikut kronologi hahahahha

  1. apa punya turrrr ntah. aku malang dalam sesi reverse. first langgaq keta cina apek ms reverse kat kedai bawang area alma. melayang jugak rm250. huhuhu. 2 ari lps tu plak plg sadis, reverse dan langgaq pagar umah sendiri.lingkup pintu drver terus. sedih sgt kot. la ni keta masuk wad. dah 2 minggu dah. doc keta bgtau smlm sabtu ni maybe bole check out atau plg lambat selasa dpn .. uwaaaaaa..... seb bek terus claim insuran, kalo tak mmg kosong terus asb yang ada tak seberapa tuh.
  2. second thing adalah pasal bil tepon. hampeh sungguh. buta it teruk la kena kali ni. ada charge intenet aku bole wat tak nmpak. patot la bulan ni bayaq bil tepon dekat rm400. mampus la kalo salu cmtu. bukan ada bisnes juta2 pon yg nak gayut lama2. bila komplen maxis, pegawai petama yg jumpa tu ada ka patut nk stress balik kat kami? koang ajao btol. suami aku dh nak buat abran dia dh. siot punya pompuan. hoi!!! kami yg stres yang ang nak stres balik kat kami apa pasai. buat la keja ang. then turun bawah jumpa bhgn mobile punya org. bukan pompuan tu suggest pon. hampeh punya pompuan. seb bek laki aku nak cr solution jugak sbb bil tinggi sgt. ikut aku nak ja potong p amik celcom huhuhu. maxis la ni suka charge mengada2 plak. cuba baca bil kalo kau rajin. hahhaha. then dah jumpa mamamt mobile tu baru paham. huhuh. kalo dia naik mencanak jugak siap la kau maxis. akan ku memusuhi dikau selamanya!
  3. sepatutnya benda ni bukan la menda malang tapi sebab timing tak kena menjadi malang la jugak. aku xcited sbnarnya dpt induksi tp tarikh dh dekat ngan due date. ngam2 sbulan ngan due date! tepaksa la aku gagahkan diri p jugak. demi xsabaq nak tukaq skim pencen sekaligus bole kuarkan kwsp hahahahh. dgn assignment yg depa bagi, nak baca buku lagi. exam masa induksi. gua betol2 stres. keja kat sekolah tayah ckp la. semua kena update sbb tanak susahkan cikgu ganti. nanti pening pala cikgu ganti aku tuh semua keja kiv. ayoyo. dhla dpt kelas plg havoc kat sekolah tu. xlarat nak dgr komplen mcm2 perangai depa. moga2 dipermudahkan induksi aku nnt and biar la dekat2 je. contohnya sg petani ja. dekat ngan my mak. ehehhe.exceli mak aku dh pindah dok sp ehhehehe
itu je la. panjang pulak karangan aku kali ni.
dah lama tak menulis karangan camni. hehehehhe
semoga bulan mac ni mbwak seribu keberkatan.

doakan aku jugak besalin ikut due doc bagi supaya sempat la aku p kursus induksi.
anak ibu dok elok2 lam perut ye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails