Mar 6, 2011

Menghitung Hari

Bila tengok ticker kat atas tu, tetiba plak rasa cuak.
Another 45 days to go!
Mihahahahha.

Cuak? penakut juga kau ye!

Yelah mau tak cuak.
Nak kuarkan seorang manusia dari dalam perut.
Ingat semua orang mampu ke?
Hanya yang kuat saja aku rasa mampu untuk semua tu.
Itu sebabnya ada yang tak sanggup pun nak mengandung.
Maknanya lagi penakut la tuh!!!!

Kalau ikut plan sendiri, aku nak becuti 3 bulan.
Tak sia-sia tau Shahrizat Jalil bejuang.
Tima kasih Mak datin.
Akan saya manfaatkan perjuangan anda itu.
kehkehkehkehkeh

Ada juga yang bagi cadangan soh amik cuti awal sebulan.
Oh, katakan tak nak.
Kalau awal pun, paling awal amik cuti awal seminggu je.
Bukan apa.
Kang tak puas nak manja2 ngan baby lepas tu.
Eh, bole pulak nak manja2 ngan baby.
Bukan ke baby yang nak manja2 ngan ibu dia?
hehhehehhehe.

Persiapan nak sambut orang baru ni lebih kepada sifat keterujuaan diri sendiri.
Tambah2 bila dah lepas scan doc cakap apa gender baby.
Lagi ibu teruja tau sayang!
Tapi ibu tak kisah baby girl or baby boy.
Asalkan anak ibu sihat sejahtera pun dah cukup bahgia untuk ibu.
Juga utk abah.

Semua ibu rasa nak beli untuk baby.
Cuma kadang2 tu bajet menghalang la jugak.
hehehheheh
Baby kena tau dari awal lagi, ibu dgn abah golongan sederhana.
Mesti menginsafi diri tau baby.
Berbelanja ikut kemampuan.
Semoga senang masa depan baby nanti.

Banyak benda kalau boleh ibu dan abah nak siapkan untuk baby.
Supaya baby gembira bila tengok dunia ni.
Baby senang di masa depan.

Nanti baby jadi anak yang taat tau.
Bukan hanya taat pada ibu dengan abah.
Yang paling utama, kami berdoa agar baby jadi anak yang taat pada penciptaNya.
Ibu nak baby tau, hanya Allah tuhan kita.
Tiada yang lain selain Allah.
Jangan sekali-kali baby lupa pesan ibu ni.
Taat segala suruhanNya dan hindari segala laranganNya.
Insyalllah hidup kita sekeluarga akan sentiasa dalam keberkatanNya.
Senang bukan sahaja di dunia ye sayang, juga di akhirat.
Dunia ni hanya suatu transit sayang ibu..

Taat pada Allah, pada ibu dan abah, pada seluruh keluarga yang lain, pada cikgu.
Hormati orang lain.

Itu doa ibu sentiasa buat anak ibu.
Tiada lain yang ibu nak dari baby.
Selain menjadi anak yang bahgia dunia dan akhirat.
Sesungguhnya ibu amat sayang anak ibu.
Baby bukti cinta ibu dan abah.
Permata sulung kami.
Besar harapan ibu untuk baby tau.

*baby asik kicking perut ibu je masa ibu menaip ni. Laptop sekali baby kicking. Kuat betol anak ibu. hehehe. Ibu harap itu tandanya janji baby kat ibu. Nak menjadi insan yang berguna buat ibu dan abah. Janji tau sayang!*

Masa ni dah mengandung tapi tak tahu lagi mengandung. OTW nak g kenduri, asik baring je. Dah pening naik kereta, tapi ingatkan normal sebab cuaca panas sangat. Pipi pun dah montok masa tu. =]


Ni baru 6 bulan lebih. Tetiba teringin sangat nak p Penang. Nak makan pasembur kat Gurney Drive. Bangun awal2 siap exaited nak p Penang. sepanjang dah tau mengandung, nak pakai contact lens jgn harap la. Tengok Lens pon rasa nak muntah. Tapi tetiba hari tu, dah la bgn awal. Siap pakai lens, mekap lagi. Rasa nak melawa plak. Suami pun pelik. hehhehhe.


Yang ni dah 7 bulan. kat alor setar depan masjid zahir. nak buat ala2 i city shah alam. perutku membesar dengan bulatnya. heehhe

*oh no, tgh menaip ni, sembang2 dengan mak. Mak cakap, "Perut ang dah turun tu!"
Baby sayang, bagi ibu p induksi 22-24 mac ni dulu ye.
Baby nak kuar 25 Mac ibu ok je.
sabo kejap je sayang!!!

0 pengkritik hebat:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails