May 30, 2011

tips #2 : Aksesori Anak

okay. Jangan pulak salah anggap. Just to share.

1) Benda ni nama bounce sebab kau boleh henjut2 dia. Sangat berguna nak menggantikan buai. ye lah umah mak aku ni nak sangkut buai celah mana s lam pantang pon tepaksa amik inisiatif keluar membeli benda alah ini. *padahal suke boleh keluar* so senang nak nak tidokan Humairah. Nak henjutkan pakai kaki pon boleh. Ha ha ha. Bunyi macam sangat kurang ajar kan tp its happen sbb kaki menhunjut anak tido... Jari ibu dikibod sedang up entry. Ada stail kan? barulah seperti ibu bekerja gitu! Anak aku ni ala mengada gitu nak dodoi sebelum dia tido maka terpaksa la beli sebab lenguh kaedahnya, lengan mak kecik je nak oi anak bukan main sihat sekarang. Related to lengan, anak aku suka tido kat lengan, tambah2 time menyusu. Kalo ubah ke bantal bila dia dh tido pun, amboi siap cepat je dia terjaga. Kau dah mengajar emak ye anakku. sib baik kau kecik lagi! Harga RM169 tapi kalau beli kat Jusco kau boleh dapat RM149 je.





2) Ini baru beli semalam. keh kehkeh.. next Thursday kan aku merdeka so kena la ada preparation nak kuar meraikan kemerdekaan kaedahnya. ha ha ha. Palng buat teruja dengan stroller ni sebab boleh bed kan seat tu. Yelah, anak aku kan newborn mana boleh duduk lagi kan. Dan yang paling pentingbed sangat lembut okay. Takdak la sangat kesian belakang anak kau berasa besi nak up kan seat tuh. Harga pun okay la dalam RM349. takdak la terasa sangat membazir tetapi beware ye kau nak, kalau pasni kau takmo dok atas ni, nak bedukung jugak sila bayaq balik kat ibu. Mahal ni ibu beli kat kau!!!! kehkehkeh. Ni beli kat Jusco.


3) Yang ni pulak kami membeli sebelum Humairah lahir lagi so xreti sangat nak memilih. Hahahha. cuma terpikir nak memudahkan nanti nak antaq anak aku kat umah mak mentua... Yelah mak mentua yang nak jaga dia nanti p keja. Harga rm 190 after less 20% kot. Jusco jugak.




Humairah dah boleh jadi duta Sweet Cheery la.
Kehkehkehe

4) Bulan depan terasa nak beli yang ni pulak. senang sket ibu nak memasak anak terkepungkan. Takdalah nak risau anak terjatuh ke memunggah ke. Semalam tengok kat Jusco dalam RM190++. Okay la tu kot affordable lagi. Cuma nak tanya kalau ada sesiapa yang dah beli macam ni, berguna sangat tak? Tamau la sekadar nak buat hiasan je kan.

source : SINI
1. Siapakah diri anda di rumah?
sekarang adalah seorang ibu yang asik menenen kan babynya dan smbil menenen pon sempat BW. anak aku tido aku up entry. #Eh?

2. Siapakah diri anda disamping rakan?
sekarang rakan kat twitterngan fesbuk je la tapi aku takde lah twit sgt suka baca timeline pastu menyampuk tanpa bg salam. Selain itu, rakan karib juga adalah makcik tukang urut... sedap wooooo dia urut.

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1) Nak stroller Mc laren tp smp sudah pasti tak dapek punya... takpelah nyah, stroller murah pon aku terima. #Eh? Kau igt ade yg nak bg free ke?
2) nak TV LCD 32 inc sbb tv umah kami dah nampak ujan rintik2 air begelora. emak bg duit adik pegi sekolah. #eh?kena nyanyi ke? Maklumla jenama Sonic dr china ja kahkahkahkah
3)nak beli tudung syria sbb pada pikiran aku akan lebih nampak chantek dan begaya. Tapi time nak beli je mesti tuan kedai jual yg kaler tak menarik, kalau menarik aku rasa mahal pulak. Pastu sampai bila pon la aku tak dapat.
4)Nak Rumah sendiri. Type: Semi D double storey area BM or Nibong tebal. Price under rm230k. Ada yang berani nak bg? kehkehkeh
5) Nak anak lagi. #eh? anak bukan benda! =]


4. Siapakah nama pasangan anda?
Beliau lebih mesra dikenali sebagai Shamboy *nama kat kg* atau pakteh *juga nama kat kg* abis laki aku dok kat kg je nak buat cmna. hahhahah

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
1) tau aje kalau aku merajuk tapi dia akan buat tak tau je.*hampeh* cth tak elok jgn ikut.
2) Suka buat lawak kalo kita serius tp kalo dia serius kita buat lawak, siap la kena marah! x suka tau abang!!!!!
3)Kalau aku masak suka benau tgk dia makan, siap betambah2 tapi ayat last lepas kenyang,"napa abg rasa tak sedap ek b, biasa2 je?"penat terus suruh dia basuh pinggan sdirik. *jgn ikut ini bukan contoh isteri mithali*
4)Pegi keja bukan men ensem siap pakai gel balik keja bau rokok ja yg ada. busuk la abg!
5)#eh? aku rasa semua kutuk2 laki aku ja bukan ke soalan PALING SUKA ke?

6. Bila tarikh anda couple?
entah. yang igt masa umo 20 tp pastu kapel lagi ms umo 26 hhahahaha. yg 26 ni lps raya.

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
takde la pahit mana tp ms putus aku ada hati nk cari pakwe lain nak tayang kat dia... tp hampeh tak laku aku rupanya. tepaksa megasale je kat dia kwehkeh

8. Lagu tema cinta anda.


9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?


10. Tag 10 rakan anda yang lain.

May 27, 2011

#AAK?


"Amboi...bukan main la kau Joyah. Sejak ada baby ni asek tempek gambar baby kau je."

Kahkahkah...
Ada aku kesah?

May 25, 2011

tips #1 :brg newborn p1

Sejak dok menjaga Humairah ni susah sikit la nak up entry kat sini kan.
kaedahnya bila dah dapat nak posting page, tetiba sikecik berdondang sayang. nak kena sua nenen la pulak. ha ha ha. la ni Humairah dengan tok wan. Tok wan rajin nak main2 ngan Humairah maka ibu yang cargas mesti lah amik kesempatan sebelum kesempitan waktu. Kahkahkah. sejak masuk kategori mak-mak ni pandai pulak aku buat ayat. *sewel*

walaupun begitu*cewah lagi* sambil menenen sempat jugak BW. Isi masa terluang dengan berfaedah. kehkehkehe. Ok, back to the topik. #Eh? ada topik ka? Muahhahaha

Sebab musabab aku menaip ni sepanjang aku blogwalking banyak juga yang aku baca tentang mom-to-be yang macam konfius. kalau tak salah Husna and Har pun ada same problem. Sama la. aku juga begitu. So based from my experience <----------eja cam tu ke? ahhaah...., pon kelam kelibut nak beli barang. kuar masuk kedai last2 beli lampin ja...*realstory*.

so, kat sini aku listkan batang yang kelam kelibut nak cari lepas baby ada. barang yang dalam list kau bole carik kat tempat lain. Yang mcm wajib beli tu. Okay.. aku bukan nak cakap wajib beli la tapi barang ini mungkin juga perlu macam aku perlu *maaf sebab ayat dah tak paham* kah kah kah

1. Lampin pakai buang (LPB)
*macam aku, awal2 anak aku ada jaundice so 2kali kuaq masuk spital. maka anak akan digalakkan berak dan berak dan berak je. so kaedahnya kalo asik berak je kejanya maka byk jugak la LPB nak ditukar.

For Humairah, sebungkus LPB tu pakai sminggu. bungkus pertama aku pakai Mamy Poko. Ok sesuwai ngan dia. Yang ke 2 Pet Pet. Pass jugak. Yang ke 3 Drypers. Border line je kelulusan sbb ada nmpk cam merah2 sket so pasni banned Drypers. Muhahahaha gila keji. pack ke4 try Huggies. pon ok jugak.

so aku wat kesimpulan cuma banned drypers untuk Humairah. sorry! heehhehe. Maybe lain org lain cara tapi aku buat xperimen for eacch brand sbb nak cari yg sesuwai je.

Ingatan yang aku nak bg kat sini...plis prepare LPB banyak2 pack sbb nya mcm aku Humairah asik berak byk pakai LPB dan bila kita dalam pantang ni bukan senang omak nak kasi kuar g tesco ha ha ha. Lgpun utk ibu baruu ni awal2 dpt anak maybe life akan messy sket. Mcm aku hahahhahha. suma pon xtau lagi. Aku pon cuma nasib baik je sbb aku beli awal byk pack sbb asal offer LPB je dulu aku rembat hahahha... Sep la katakan kuikuikuik

2. Babby wipes
*Sama la kaedahnya ngan LPB. Bila banyak berak, banyak la kau nak mengelap. kecuali anak kau newborn pon kau bawak basuh kat sinki je. okay, kalo macam tu aku sket tabik spring la kat kau. aku sampai hari ni nak mandi2 kan humairah masih tegeliat lagi kuikuikuik.

3. baju nipis/baju lubang2/seluar pendek
*ini sebab iklim kita kat msia la. Kaluo kau baca ni dok imejin nak berpantang kat Korea sila abaikan tips no 3 ni. Aku dulu beli baju bukan reti nak berpikir. Otak leak dalam perut gamaknya. Nak yang cantik n comei saja. Bajet dok main snowball tiap tahun agaknya hahhahaha. Skali amik. Masuk tghari je anak aku nages. Panas kan. Terpaksa bogelkan dia kecuali LPB ja. kesian kan? Bila bogel baru dia bole tdo.

Last kopek sbg ibu yang bertanggungjawab *nak jugak tu* aku g tesco hahhahah. beli baju n suar lubang2. murah je sehelai RM4.90. Alah, nak pakai kejab je kan, lgpon anak kau bukan reti nak meilih brand pon. Mak nya je yang over kehkehkehekh. Aku beli 3 pasang. Sempat la omak kau nak basuh.

Kalau kau tanak yang belubang pon, its okay dekat Anakku pon ada baju yang kain nipis cantik la sket. Macam blouse. Harga up sket la kata nak cantikan? hehhe rm 11.90 je.

4. Kipas tangan bateri
*Yang ni aku dapat pengajaran sebab ada satu hari tu TNB nak buat keja apa ntah kat area umah Omak den. Dari kol 11am smp kol 5pm takde letrik. kau? tak ke mengelupur aku dgn panas yang bebahang. hari biasa pon bukan men panas. kecuali la umah kau ada ekon tp kalo ada ekon letrik takde pon no point jugak. Ye tak? mengipas la aku satu hari. Lenguh nak kejung rasa tangan aku ni.

Aku lepas tu tak berani lagi. terus g rembat just rm15.90. dekat kdai baby pon ada. yg bole clip kt stroller tu.

k la, nnnt smbg. humairah nk menenen plak.

Wordless Wednesday #2

May 18, 2011

Humairah : A month



Sempena Humairah dah genap sebulan, ibu pun belikan hadiah hari lahir di atas untuk Humairah. Ha ha ha. Maafkan ibu ye Humairah, ibu rasa x mampu nak BF esklusif disebabkan kekangan waktu *sebenarnya malas nak memerah, memerut ibu kau rajin la* .

Ini semua persiapan untuk kembali bekerja. Oh, tidak! I hate p keja tapi time gaji ehem2 *muka ibu dulu yang beratur kat atm*.

Hari ni Humairah dah 30 hari. Yeah!!! Dan telah p cucuk untuk sebulan kat Klinik Munirah Iskandar, Permatang pauh. Bukan nak demand tapi ibu malas nak tunggu lama-lama kat KK. Sekarang takpalah ibu lom keja, kang keja mau kalut jugak kalo hari cucuk ada aktiviti petang. Its okay, semua Tokwan Humairah yang bayor.

Petunjuk.
Tokwan = TNB.

Ha ha ha. Tak sia2 abah Humairah pakai baju uniform biru TNB, kita bole p klinik free.* aiseh, jadik pantun plak*

Masa kena cucuk, Humairah berjaya melakukan jeritan Ziana Zain! Syabas anakku!!! Ibu bangga dengan kamu. Kah kah kah. Skali je dia menjerit tapi mau tau la. Bila keluar bilik doktor, semua asyik pandang kamu saja. Cis, pandai kamu cari attention. Lepas ni senang la kamu nak dapat undian Junior Masterchef. #Eh?

Semoga kamu gembira dengan hadiah pemberian ibu ye. Mahal tu hadiah besday kamu *ibu kamu ni kedekut tau*. Sila gunakan dengan cermat, jangan dok baling2 plak, kang pecah ganti balik dengan duit sedekah kamu tu. Ha ha ha.

Pesanan permintaan ibu untuk kamu, tolong minum ye Humairah, nanti kesian Tok bedah susah nak jaga kamu ibu pegi keja..

Me Heart U, Humairah!!

XOXO.

May 16, 2011

monday blues #1


kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa


kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku


May 14, 2011

hilang entri

bongok! apahal post hilang.
Blogger pulangkan!!!!!!!!!!!!!!!

May 13, 2011

Daddy cool!


Kau rasa-rasa kalau pegang anak serupa itu, cool ke?
Ha ha ha.

May 12, 2011

my new BF? ramai pulak!




KenApa mereka ada di sini?
Siapa mereka?
toyboy baru ke?
hak hak hak ptuihhhhhhhhhhh

Ini semua x-student aku.
Sev=benarnya ini adalah entry terharu kaedahnya. Sebab depa mai melawat cikgu yang tengah berpatang. ko hado? ha ha ha. Nak belagak jugak tuh.

Jauh jugak la depa mai. depa semua pemaustatin tetap Balik Pulau. Aku adalah berpantang kat Sungai Petani umah mak.

Kau tau depa semua merempit tau nak tgk Humairah.
Terharu kuasa dua!


sayang hampa ketat2 la!

May 10, 2011

Anak abah.

Kenapa semua orang cakap muka Humairah macam Abah?

Yang ikut ibu cuma ketinggian mu sahaja anakku.

Cis, ibu jeles!!!

Ha ha ha

May 9, 2011

Luv u ketat-ketat!!!





To my mak, Pn Siti Aminah Abdul Rahim selamat hari ibu. Luv u ketat-ketat!!! Dengan ucapan tambahan; mak, chek tak sabaq nak p jalan2 ngan makan air ais. ^___^

Di atas adalah ucapan kat my FB status.

kalo nak cerita pengorbanan mak kat aku. mmg cliche. Banyak sangat.

Sory mak, tahun ni ibu days chek tepaksa menyusahkan mak plak.

Tapi chek dah sediakan hadiah yang bukan semua orang bole dapat untuk mak, CUCU yang comel. ha ha ha.

Tenkiu untuk semuanya mak.
Tanpa mak, chek tak kuat nak hadapi dunia ni.
Tanpa mak, tak mungkin chek dapat habiskan degree.
Tanpa mak, chek mesti insan yang kurang kasih sayang.

CHEK SAYANG MAK CHEK!

May 4, 2011

Kronologi Hannah Humairah

Humairah 1st day.


AHAD. 17 APRIL 2011

7.30 am: nak kencing, argghhh ada darah. "mak, kalo turun darah tu ada darah macam nak period ke?"

8.30 am: bergerak ke Hosp Sultan Abdul Halim, SP. sbb mak aku dh pindah SP ye!

8.45 am: masuk labour room utk register. ampun tapi apa perasaan engkau bila dok sakit contraction org soh dok kat kerusi je? ada kakak tuh lg kesian. air ketuban dia pecah abih kerusi dia duduk basah macam letak air sebaldi.

9.30 am: Doc check bukaan rahim. Baru 2cm kaedahnya. haiyoooooooooooo

10.00 am : Admit wad besalin tp masuk wad dok kat kerusi je. Katil penuh. sedih kau tau tak? sorg2 pastu tepon takde. nak nangis pon tak tau kat sapa. aku tunggu kat kerusi sampai kol 12.00pm. Pastu rasa lapo. sbb takda katil so tak dpt la lunch. aduh! lapo sbb pg masa bleeding tu sempat mkn roti mayat sekeping ngan dutch lady low fat je.. akhirnya, dengan muka tak malu aku mintak tolong nurse suruh kol husband cakap aku nak makan nasi. tenkiu nurse sbb tepon suami saya! Jasamu ku kenang.

1240 pm : Mak, adik dan paling penting encik suami bawak nasi. aku tak sambut mereka tp aku sambut nasi dulu. hahahaha. laporrrrrrrrrrrrr. Pinjam pinggan patient lain dan makan nasi dengan pelahap ha ha ha

1.20 pm: baru dapat katil. Seksa kan?

selepas tuh aktiviti biasa je walau ada contraction. sbb bukaan rahim kecik lg doc takmo layan.
ha ha ha

7.20 pm: Rasa sakit sgt and bila nurse check baru 3 cm hailaaaaaaaaaaaa


ISNIN 18 APRIL 2011

4.30 am : rasa sakit. nurse check still 3cm.. tak sukeeeeeeeee!

7.30 am : pegi mandi. kakak sebilik wad cakap kalo sjuk cepat sket rahim buka! aku pecaya tau hahahah

8.30 am: Doc buat pemantauan pagi pastu soh g check bukaan. Yeaaaaaaaaaahh dah 4 cm, maka ditransfer ke labour room. xcited tapi takut!

9.00 am : kat Labour room doc pecahkan air ketuban. Ya ampun, lepas tuh contraction lagik kuat. tak tahan. baca je doa yang tau. Sakit tak dapat nak cerita. Bila doc check baru 6 cm. Hmmm... dalam otak macam nak cakap kat doc, tolong operate saya tapi tak tekeluar kat mulut.

11.00 am : still 6cm. i cannot breath normally maybe sbb contraction sakit sgt. Doc bagi oxygen to help me out. but it couldn't. lepas tu doc bagi apa jenis penghiduan aku tak tau nama yang kalo ko hidu menda tuh ko seperti di awangan. sakit terasa lagi tapi ko bole buat dek je layan benda hiduan tu. aku bajet dalam kategori drugs juga sbb aku tak sanggup nak lepaskan benda tuh sampai adik nurse tu cakap, " akak, kalo tak sakit sangat tayah hidu, nanti takde energy nak push" apa nama benda tu ek?

2.00 pm: i cant memorize that moment but yg igt cuma doc n nurse kelam kabut tolak aku nak pergi Operate room plak. ada dia tanya ke tak tu tak ingat. OTW gi Operate Theater (OT) husband ada kat situ. sementara nak kena sign borg2 yg byk tuh, ada la chance cakap ngan dia. Yang igt cakap kat dia, " abg, sakit sangat!" itu je yg aku ulang2. muka husband dah lain dh. rupanya, doc cakap kat dia. condition ibu ngan baby dah weak sgt dats y kena operate. adik aku cakap masa aku masuk OT pun mata husband dah merah2. Abang, nangis ke? =] Sweet tau! I luv u so strong abang..

2.40 pm: Doc bius mai cakap2 nak bius kat paha la pastu step menda lagi dia dok explain. Kau ingat aku boleh concentrate nak dgr ceramah taim sakit-tak-tau-nak-habaq? lps doc tu blah, aku rasa macam sesuatu dok tolak kat bawah tu. andaian macam air terjun nak turun jugak2. empangan nak pecah. macam tu la kot aku rasa.
maka push la aku sorg2 sbb doc n nurse sibuk prepare nak masukkan aku ke OT. maku aku push tu ada nurse tgk, dia cakap, "eh, tak payah push la nak operate." nasib baik aku sakit taim tuh. pedulik apa nurse tu cakap apa. aku tetap aku ahhahaha.
aku push jugak terus dia mai tgk, "eh, dah nampak rambut." maka bertempiaran lah lari mereka semua nak prepare sambut baby. Between a minute, after 3 time proper push*smile* aku dengar baby nangis. "it's my baby!" 2.50 pm my hannah humairah, "welcome to the world, sayang!"

*hilang rasa sakit yang lama tu lepas dengar baby menangis. Nurse jahit kat bawah pun dah tak terasa sebab dah tengok muka Humairah*

*Humairah, takdak orang lain yang ibu paling sayang selain Humairah anak ibu.

Muka humairah yang tak-boleh-blah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails