May 30, 2011

tips #2 : Aksesori Anak

okay. Jangan pulak salah anggap. Just to share.

1) Benda ni nama bounce sebab kau boleh henjut2 dia. Sangat berguna nak menggantikan buai. ye lah umah mak aku ni nak sangkut buai celah mana s lam pantang pon tepaksa amik inisiatif keluar membeli benda alah ini. *padahal suke boleh keluar* so senang nak nak tidokan Humairah. Nak henjutkan pakai kaki pon boleh. Ha ha ha. Bunyi macam sangat kurang ajar kan tp its happen sbb kaki menhunjut anak tido... Jari ibu dikibod sedang up entry. Ada stail kan? barulah seperti ibu bekerja gitu! Anak aku ni ala mengada gitu nak dodoi sebelum dia tido maka terpaksa la beli sebab lenguh kaedahnya, lengan mak kecik je nak oi anak bukan main sihat sekarang. Related to lengan, anak aku suka tido kat lengan, tambah2 time menyusu. Kalo ubah ke bantal bila dia dh tido pun, amboi siap cepat je dia terjaga. Kau dah mengajar emak ye anakku. sib baik kau kecik lagi! Harga RM169 tapi kalau beli kat Jusco kau boleh dapat RM149 je.





2) Ini baru beli semalam. keh kehkeh.. next Thursday kan aku merdeka so kena la ada preparation nak kuar meraikan kemerdekaan kaedahnya. ha ha ha. Palng buat teruja dengan stroller ni sebab boleh bed kan seat tu. Yelah, anak aku kan newborn mana boleh duduk lagi kan. Dan yang paling pentingbed sangat lembut okay. Takdak la sangat kesian belakang anak kau berasa besi nak up kan seat tuh. Harga pun okay la dalam RM349. takdak la terasa sangat membazir tetapi beware ye kau nak, kalau pasni kau takmo dok atas ni, nak bedukung jugak sila bayaq balik kat ibu. Mahal ni ibu beli kat kau!!!! kehkehkeh. Ni beli kat Jusco.


3) Yang ni pulak kami membeli sebelum Humairah lahir lagi so xreti sangat nak memilih. Hahahha. cuma terpikir nak memudahkan nanti nak antaq anak aku kat umah mak mentua... Yelah mak mentua yang nak jaga dia nanti p keja. Harga rm 190 after less 20% kot. Jusco jugak.




Humairah dah boleh jadi duta Sweet Cheery la.
Kehkehkehe

4) Bulan depan terasa nak beli yang ni pulak. senang sket ibu nak memasak anak terkepungkan. Takdalah nak risau anak terjatuh ke memunggah ke. Semalam tengok kat Jusco dalam RM190++. Okay la tu kot affordable lagi. Cuma nak tanya kalau ada sesiapa yang dah beli macam ni, berguna sangat tak? Tamau la sekadar nak buat hiasan je kan.

source : SINI

2 comments:

Anah said...

anah heret je bouncer ltak kt dapur time masak..kekdahnya anak xleh berenggang ng ibu kalo mata tgh celik..hangkut la skali pegi dapur..huhu

HANIDIYU said...

hahaha. maybe humairah pon pasni kena camtu jugak a...skrg ni pon asik nak nagis ja kalo tinggal dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails