Nov 29, 2011

Anakanda adalah keriangan ibu sentiasa!

 Humairah pentamak dengan mainan pasar malamnya!

 Ini adalah muka Humairah amik nafas dok membuang tuh..LOL.

 #Eh? ayam penyet dan pecal lele padang jawa. Sedap tapi environment kurang elok sekiranya anda obses kebersihan. hehhehe

 Humairah dan tudung pertamanya. Kiut sangat anak ibu! *peluk kuat2*

 Humairah pose ala america next top model masa konvo maklang kat shah alam.

 #Eh? meatball ikea. Wa rindu sama lu bai!

 #Eh? Muka orang pulun 15 biji meatball on the dot kahkahkahkah.

 Humairah yang pantang-tengok-kamera-mesti-nak-pose!

Kau jangan nak salah paham hokay. Humairah dan sepupu dari johor sedang bergaduh. Ada bakat Triple H walau cuma double H ibu letak nama kau, nak!

Kau jangan nak stress plak aku letak gambar banyak-banyak cam gini. heheheh
Saja nak buat evidence bila Humairah besar nanti.

Untuk anakanda Humairah.
Kamu penyeri ibu dan abah.
Kamu kuatkan semangat ibu sentiasa. 
Tak sabar ibu nak lihat kamu membesar.
Semoga kamu anak yang solehah.
Bukan sahaja untuk ibu dan abah.
Juga untuk agama dan negara.
Walau dimana kamu berada.
Ingatlah kamu gadis melayu dan beragama Islam.
Ibu sayang kamu selamanya...

Nov 28, 2011

puisi yang aku baca rasa nak pitam

*ini bukan puisi suamiku. tapi rasa terharu dengan puisi daim aka zahiril kat isteri. suamiku, bila nak berpuisi? tapi mungkin aku yang geli kalau dia berpuisi mcm ni atau mungkin aku reject masa dia propose? nasib baik dia tak berpuisi, kalo tak, mana mungkin wujud anakanda humairah kalo abah berpuisi. mungkin ibu rasa abah gay!!! hehehheheh

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


*romantica de amour. mcm nak p hanimun lagi pulak hahahhahahah

Nov 21, 2011

Kita nak apa? Menang ajewwwww!!!

Harimau muda boleh!
Jom sama-sama kita saksikan malam ni.
Nak apa?

Kita nak menang aje!!!!

Malaysia Boleh.

Harimau muda gagah perkasa,
Tak gentar dengan garuda,
Semoga malam ini untuk kita,
Apa kita nak? Kita nak menang aja!





Nov 11, 2011

KEDAI HUMAIRAH

WAH.. anakku dah berkerjaya!
hehehhe

Demi simpanan Humairah, silalah berkunjung ke SINI.

Pelbagai barangan menarik untuk anda.

Harga yang tak boleh nak cari ganti tau.
Memang berbaloi-baloi untuk setiap sen anda.








Coming Soon!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails