Jun 6, 2012

Terima Kasih Tuhan.

school holiday is back.
hai semua!!
kitorang ok2 je...
disebabkan humairah will be kakak-to-be so ibu nak update pasal ibu pulak. kehkehkehkeh

Alhamdulillah our baby dah 3M++.
insyallah ujung disember ni semoga semuanya dipermudahkan.

kalau tanya perbezaan mengandung anak sulung n yg kedua ni..
mmg jurangnya saaaaangat besar.

anak sulung
+alahan teruk sampai mutah n merangkak dari bilik air.
+MC every week kekadang sminggu terus MC
+rajin masak. sentiasa nak mencuba resipi baru. dr breakfast smp dinner semua nak masak sendiri.
+oversensitif. kalo suami janji nak bawa jalan pastu tak jadi boleh nangis mengalahkan kena dera.
+rajin mengemas rumah. umah nak cantik saja.
+nak mekap. nk p tesco depan umah pon mcm nak p gala nite.

anak kedua
+alhamdulilah muntah lite2 ja. biasa la gosok g n kalo perut kosong. semoga dipermudahkan tayah muntah lagi aminnnnnnnnn
+akan kugagah p keja jugak. kuat semangat!
+masak? dah takdak perkataan tu. macamana nak masak kalo kupas bawang muntah, tumis muntah, nak tambah garam muntah.. bau minyak munta. bila nak siap? mmg paling alegik kali ni masakan. kami sekarang pengunjung tegar kedai makan hahahahha. smp kekadang tak tau nak mkn apa kot! asik makan kat kedai ja. sib bek penang byk port JJCM.paling gediks skali tgk org len potong bawang pon aku nak muntah. patut ke? amboi3...............
+ kali ni aku pulak yang takmo p jln2 hikhik. kalo bole nak dok dpn tv n tido ja... kalo dah masuk mall pon.. cari brg yang nak pastu balik. sory la nak ronda2. kalo suami kata nak p jln pastu tak jadi... bole plak hepi.... nasib baik tak p. bole camtu?
+ umah? dh macam kapal karam. sekian. baju tak lipat mg sebilik la. nak cari baju mcm pertandingan mencari harta karun kahkahkahkakahkah
+mekap? kalo bole rambut pon tanak sikat. hahahhahah

Adakah disebabkan perbezaan ini mungkin juga perbezaan jantina anak nanti? sama2 kita saksikan kahakhakahkah

PS: kali ni sang suami pulak asik mengidam nak makan bukan2.... bagus lah.....hikhikhik


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails