Feb 8, 2013

Pertuduhan minyak angin versi moden. Motif?

Salam.
dah lama tak mengarang maka hari ini mari kita berkuntum di sini sementara Haziqah dok syok lena.

Dah baca pasal seorang chemist menghentam atau dalam bahasa sopannya mengkondem produk F***** yang dutanya Yatt tu?

Aku nak bagi pengenalan cliche. Bukan pentegar produk F***** tapi aku guna la jugak pastu sapa nak beli kat aku pon bole sbb aku nak tlg adik ipar bisnes. lagipun perempuan baru lepas bersalin mesti lah kegedikan dan keinginginan nak kurus sangaaaaaaaaaaaaaaaat tinggi noks... mana saja yang kata bole bagi kurus dan harga tak over haruslah cuba kan?

Ok aku dah cuba. Kesan? Berat tak turun tapi ada tapinya. Masa Humairah (1st baby) bulan kelima br boleh pakai jeans balik size 28. hahahah. sila abaikan size ye. but masa Haziqah belum habih pantang lg dah bole pakai jeans dah.. so walopon berat aku xturun secara xtreme (mmg sepatutnya tak turun pon apahal plak nak turun kan, sapu kat perut je pon ko bajet leh turun 2kg 3kg?).

Conclusion yang aku bole buat kat sini adalah seperti nama poduk ni jugak la.. kau beli inch loss tapi ko harap weight loss? gitu? kah kah kah mmg x lah.. kalo diet pon tak mau, bersenam pon xmau pastu berat turun mau plak. apakah? kalo nak gitu pegi buat sedut lemak la woi... bukan takat ber inch2 loss, weight loss tapi duit kau pon ber$$$$$ loss jugak! ngerti?

aku rasa produk F**** tu lbh kurang ja ngan M****** yang Nora Danish jadi duta tu..

Ingredient pon lebih kurang sm...bila letak pon 2-2 rasa panas. aku tau la sbb aku beli ahhaha.. maklumlah pompuan-pulun-lps-beranak. yang beza pon aku rasa produk F***** ni wangi la but M***** biasa2 je tp la tak la bau mcm kau pakai minyak angin..

So, bila nak bejalan2 tak dak la rasa malu sangat bau minyak angin. paham maksud aku? rasanya function pon dh mcm minyak angin tp sekarang dunia dh maju jadi terbit la mcm2 minyak angin versi moden dgn botol cantik2 ni... tadak la mcm botol minyak angin tok awang loceng, kuda liar & apa ntah lagi zmn tok n mak aku dulu.

Motif aku letak sini bukan nak membandingkan produk2 ni.. oh, ini tidak adil tidak adil baginya. aku tak mau nak rosakan produk Bumiputera. Aku berbangga dengan depa dah berjaya menaik taraf minyak angin. Kau ada? 2-2 produk pon aku suka jadi aku pakai kalo aku rasa ada mood nak pakai.

Cuma aku rasa kecewa & marah jugak dengan orang kita ni. Bila sesuatu produk tuh dah bejaya, mula la keluaq fakta2 yang menegative kan produk tu. Kau faham dak maksud aku. aku takmau bgtau apa yg telah dinegative kan. eleh, aku tau hampa semua pon dah baca kat FB.. news feed bederet2 la pasai benda ni. besa la.. bab nak menjatuhkan orang mmg cepat... kenapa kau hentam produk F**** saja padahal M****** lagi lama kat pasaran kau tak komen plak?

Kenapakah?

ni aku letak komen ahli yang arif lg drpd aku dh becakap pasal benda ni..Kevin Zahari. Point beliau sama ngan aku pikir.

Kalau nak kurus, sila diet dan bersukan!!!
Jangan nak harap pakai minyak angin saja. Ada paham?
Kah kah kah

Aku akhiri karangan dengan nasihat ini.
Jom start minggu depan kita p mengkuang damp buang lemak2 tepu tu oi!




45 days is today. yeayyyyyyy!

Lps ni ibu ngan adik bole p mall tanpa rasa bersalah lagi. Dah tau salah pon p jugak. Apakah?
kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails